Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang Jo jamin perbezaan agama tidak memisahkan rakyat Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang Jo jamin perbezaan agama tidak memisahkan rakyat Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa perbezaan agama tidak akan menjadi “isu besar” di Sarawak.

Tegasnya, di negeri yang memiliki 2.7 juta penduduk ini, kepelbagaian kaum dan agama adalah diraikan.

“Krismas misalnya, dikongsikan kemeriahan dan kegembiraannya oleh penganut agama lain tanpa ada batas,” katanya dalam perutusan Krismas dan Tahun Baharu 2018 yang disambut hari ini.

Ulanginya, beliau sebagai Ketua Menteri perlu melihat kepentingan semua kaum dan agama dan ia bukan cakap kosong.

“Kita laksanakan apa yang kita cadangkan. We walk the talk.

“Kerana itu kita kini memiliki UNIFOR atau Unit Untuk Agama Lain di bawah Jabatan Ketua Menteru bagi melihat kepentingan dan kebajikan agama lain di bawah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,” katanya lagi.

Dalam perutusannya, Abang Johari juga berharap tahun 2018 akan membawa lebih kejayaan dan kegembiraan kepada setiap individu rakyat di negeri ini, dan juga kepada negeri itu sendiri.

Abang Johari dijadualkan mengadakan ziarah Krismas kepada beberapa pemimpin negeri yang bergama Kristian, termasuk Rumah Bishop di Jalan McDougall. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ChuU1V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.