Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susu tiruan dirampas tidak ikut kualiti standard Akta Makanan - KKM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susu tiruan dirampas tidak ikut kualiti standard Akta Makanan - KKM

KUALA LUMPUR: Sampel daripada 210 kotak susu rumusan bayi tiruan yang dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di lima lokasi berbeza di Johor tempoh hari didapati tidak mengikut standard kualiti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk berkenaan masih lagi selamat.

"KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan KPDNKK dan telah mengambil sampel produk terbabit untuk analisis oleh Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah KKM dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk berkenaan.

"Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat. Walau bagaimanapun, produk berkenaan tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

BACA: Susu tiruan: KPDNKK tidak perlu tunggu laporan kajian, boleh rampas jika tiruan

BACA: Susu tiruan: Tiada laporan selain Johor, KPDNKK masih tunggu laporan kimia

Katanya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Justeru, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Pengguan juga boleh melayari atau melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). 



Sumber Susu tiruan dirampas tidak ikut kualiti standard Akta Makanan - KKM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRCcEH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.