Lelaki rogol anak tiri ditahan polis di Bintulu
Bintulu: Lelaki yang disyaki merogol anak tirinya sehingga melahirkan bayi lelaki ditahan di bangunan di Bintulu, semalam.
Suspek yang juga warga Indonesia berusia 46 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada 6.15 petang.
Difahamkan, suspek bersembunyi di tingkat tiga premis di Jalan Tanjung Batu itu selepas mengetahui tembelangnya merogol anak tiri sudah dilaporkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, hasil semakan juga mendapati suspek tidak memiliki pas untuk menetap di negara ini.
Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek polis yakin kes rogol membabitkan remaja berusia 15 tahun ini selesai.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas untuk menetap di negara ini," katanya, hari ini.
Harian Metro semalam melaporkan remaja perempuan berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki Jumaat lalu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di rumah di Tanjung Kidurong, Bintulu.
Remaja itu mendakwa dia menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak berusia sembilan tahun namun kejadian tidak diceritakan kepada ahli keluarga yang lain.
Rahsia remaja terbabit terbongkar selepas mengalami pendarahan teruk dan pemeriksaan doktor mendapati dia baru melahirkan anak.
Bayi yang dibuangnya meninggal dunia dan remaja itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ChOcEw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment