Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak Reti Siapkan Baju Sendiri Ke?’ – Seorang Pakcik Menegur Kasar Seorang Wanita Di hadapan Semua Orang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak Reti Siapkan Baju Sendiri Ke?’ – Seorang Pakcik Menegur Kasar Seorang Wanita Di hadapan Semua Orang

Tanggungjawab seorang suami itu bukan hanya mencari rezeki untuk keluarga, malah kerja rumah pun seharusnya dilakukan bersama-sama isteri. Apabila sudah terbiasa membiarkan isteri sahaja yang melakukan kerja, apabila berada dalam keadaan yang memerlukan anda lakukan kerja sendiri, anda mula rasa rimas dan susah.

Namun apa yang hendak kita bincangkan ini bukanlah hendak mengatakan bahawa suami menjadi malas apabila isteri lakukan semua kerja, tetapi orang luar yang tidak tahu kehidupan kita mula mahu masuk campur dan ianya adalah tidak wajar.

Seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini, hanya kerana bertanyakan kepada suami, adakah suaminya membawa baju anak-anak ketika hendak menyalin baju anak, orang luar pula yang sakit hati dan melepaskan kemarahan kepada wanita tersebut, seolah-olah wanita tersebut telah memperlakukan suaminya seperti kuli.

Sedangkan ketika itu wanita berkenaan telah bertanya secara lembut dan tidak meninggikan suara. Mungkin saja pakcik berkenaan sudah terbiasa menyuruh isterinya melakukan segala kerja rumah dan tidak pernah membantu isterinya. Dan kerana itu, apabila dia mendengar soalan yang diajukan oleh wanita itu kepada suaminya, pakcik berkenaan mula rasa marah.

Tiada salah pun jika suami membantu isteri dalam menyiapkan baju anak-anak.

“Salam admin. Saya bukan nak cerita tentang rumah tangga saya tetapi lebih kepada nak meminta pendapat semua yang berada di sini. Memandangkan saya ini pun baru saja setahun jagung berkahwin.

Minggu yang lalu, saya ada pergi ke sebuah kenduri saudara terdekat. Saya duduk di meja sekali dengan satu keluarga ini. Seorang kakak, suami dia, tiga orang anaknya dan ada dua tiga orang pakcik makcik ini.

Semasa tengah makan, tiba-tiba baby kakak itu buang air. Kakak itu minta suami dia ambilkan beg baby dia dalam kereta untuk salin lampin. Sambil itu, kakak itu bertanya sekali dengan suami pakah dia ada bawa baju dia dengan anak-anak yang lain sekali tak?

Tiba-tiba pakcik yang duduk semeja dengan kami itu macam marahkan si ibu. Dia kata:

“Tak reti siapkan baju sendiri ke? Kenapa menjatuhkan maruah suami di depan orang lain dengan bertanyakan hal peribadi seperti itu di depan semua orang?

“Nanti kami semua ini ingat suami awak itu kuli di rumah. Awak tak patut bercakap seperti itu dengan suami,” katanya.

Pakcik itu berkata lagi, dia bukan nak memalukan kakak itu, tetapi lebih kepada nasihat kerana baginya cara kakak itu salah.

Kakak itu pun dah merah padam mukanya. Tetapi dia dan suami hanya senyum-senyum sahaja, mungkin sebab masih hormat pada orang tua.

‘Tak reti siapkan baju sendiri ke? Kenapa jatuhkan maruah suami di depan orang lain?’
‘Tak reti siapkan baju sendiri ke? Kenapa jatuhkan maruah suami di depan orang lain?’
Di sini saya ingin bertanya, betul ke bila orang luar tahu yang si suami membantu melakukan kerja-kerja isterinya akan menjatuhkan martabat seorang suami itu? Sebab saya dengar kakak itu bercakap dengan nada lembut saja, bukannya mengarah suaminya.”

Sumber: Kuasaviral.com

The post ‘Tak Reti Siapkan Baju Sendiri Ke?’ – Seorang Pakcik Menegur Kasar Seorang Wanita Di hadapan Semua Orang appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C6P4fL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.