Hi! Welcome Back and Stay Tune! JOM KITA CIPTA SEJARAH BARU UNTUK MALAYSIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JOM KITA CIPTA SEJARAH BARU UNTUK MALAYSIA

Kebulatan kata yang akhirnya setuju menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara sebaik Pakatan Harapan memenangi PRU 14 akan datang, bukan saja berita baik untuk sesiapa saja yang mahukan perubahan, bahkan merupakan peluang terbuka untuk mencipta sejarah tersendiri buat negara.
Dari segi rekod, kemampuan, ketajaman fikiran, penerimaan antarabangsa, malah budi bahasa dengan tidak pernah mengungkapkan perkataan “bangang”, “haram jadah” atau “kepala bapak” kepada sesiapa,mTun Mahathir tentu saja jauh lebih baik berbanding Najib.
Lebih dari itu, dalam usianya sekarang, tiada apa lagi yang hendak dikejarnya selain untuk menyelamatkan Malaysia semata-mata.
Ia berbeza dengan Najib yang mahu menjadi Perdana Menteri di mana keutamaannya adalah untuk menyelamatkan dirinya sahaja.
Maka, memilih Tun Mahathir dan Pakatan Harapan adalah memilih kebaikan untuk diri kita semua, berbeza dengan memilih Najib, UMNO dan BN adalah petaka untuk masa depan anak-anak serta generasi seterusnya di sebalik Najib dan Jho Lowa akan terlepas begitu saja.
Selain itu, dengan memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri juga, beberapa sejarah turut mampu dicipta.
Pertama, buat julung kalinya seseorang dipilih buat kali kedua untuk menerajui negara di mana sebelum ini Tun Mahathir pernah 22 tahun menjadi Perdana Menteri, dengan tunjang perjuangannya kali ini adalah untuk menyelamat dan memulihkan negara semata-mata.
Kedua, ia menjadikan Tun Mahathir dalam usianya mencecah 93 tahun  kembali disandarkan harapan akibat terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh Najib yang lebih muda usianya.
Ketiga, menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri pertama yang hilang kuasanya melalui pilihanraya, sekaligus hilang jawatannya di singgahsana kuasa Putrajaya.
Keempat, menjadikan Najib sebagai satu-satunya bekas Perdana Menteri yang tidak menentu nasibnya, sama ada bebas merdeka atau bakal menghuni penjara, selepas tidak lagi berkuasa.
Sebaliknya, tiada apa-apa sejarah dapat dicipta dengan mengekalkan lagi Najib, selain hanya kita yang akan menempah sejarah duka untuk diri sendiri buat selama-lamanya, bukan saja kerana menanggung hutang negara, malah terbeban dengan pelbagai kesukaran yang tidak diketahui bila titik akhirnya.

Lalu, jom sama-sama kita cipta sejarah baru untuk Malaysia pada PRU 14 akan datang nanti.

– shahbudindotcom.blogspot.my

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLorXT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.