Lelaki hilang sejak Jumaat ketika memasang jerat ditemui mati di Serian
SERIAN: Misteri kehilangan seorang lelaki yang gagal pulang ke rumah sejak keluar memasang jerat di Kampung Mang Besi sejak petang Jumaat lalu terjawab sebentar tadi, apabila ditemui mati tebing sungai di sini.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis ketika mengesahkan kejadian memberitahu, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap oleh abangnya, yang dikenali sebagai Bujang sekitar jam 12.45 hari tadi berhampiran Sungai Reban.
Bujang sebelum itu menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dipercayai tergelincir ketika meniti di atas titi buluh selepas memasang jerat.
“Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian dibawa keluar dari kawasan penemuan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.
Aswandy memberitahu, mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Bahet Ten, 55 tahun kemudian dihantarkan ke Unit Forensik Patologi, Hospital Serian untuk proses bedah siasat.
Setakat ini katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kerana tiada elemen jenayah ditemui di lokasi. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pMrFKV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment