Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK

Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK | Saya Luv Islam – Video seorang tokoh politik Israel hina wanita Palestin dalam bas, “anak kamu anjing” viral di laman sosial. Terkini Hamas beri komen balas yang buat ahli politik Israel tu terus cuak… Ada video.

ASKAR KHAS BUAT AHLI POLITIK TERSEBUT

Parlimen Israel memutuskan untuk memberikan pasukan kawalan keselamatan kepada seorang wakil rakyat kontroversi selepas videonya menghina penduduk Palestin menjadi viral.

Tokoh parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Oren Hazan, bertindak demikian kelmarin selepas menaiki bas penduduk Palestin yang dibenarkan meninggalkan Semenanjung Gaza bagi melawat anggota keluarga mereka yang ditahan dalam penjara Israel.

HINAAN TERHADAP WANITA PALESTIN

“Anggota keluarga kamu sepatutnya ditanam,” katanya dalam rakaman itu, menuntut penumpang mengutuk ‘tindakan ganas’ terhadap Israel.

“Anak kamu anjing,” katanya kepada seorang wanita.

Hazan menggunakan tindakan itu bagi mengkritik dasar Israel memberi permit untuk lawatan seumpama itu ketika Hamas didakwa menahan tiga penduduk awam dan mayat dua anggota tentera Israel.

Seorang wanita dirakamkan menjawab: “Bercakap dengan Hamas untuk melawat anak kamu, bukan kami.”

KOMEN BALAS HAMAS

Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial Palestin dan Israel, dan mendapat reaksi daripada jurucakap sayap bersenjata Hamas.

“Daripada menghantar si bodoh melakukan tindakan tidak matang ini, cuba selesaikan isu ini dengan berani dan tidak mengancam wanita,” kata Abu Obeida dalam kenyataan kepada pihak berkuasa Israel.

VIDEO HINA ISRAEL DALAM BAS

Sumber : Berita Harian

The post Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zzyP4K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.