Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki ditahan polis kerana belasah dan rogol teman wanita berusia 14 tahun di Sibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki ditahan polis kerana belasah dan rogol teman wanita berusia 14 tahun di Sibu

Sibu: Seorang lelaki ditahan polis di rumah di Sungai Bidut, Sibu, semalam selepas dipercayai membelasah teman wanita berusia 14 tahun menggunakan rantai gergaji serta merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikatakan membelasah mangsa selepas remaja terbabit keluar dari rumah berkenaan tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa cedera di belakang badan akibat libasan rantai gergaji berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa sudah tinggal bersama di rumah pekerja ladang kelapa sawit tempat lelaki terbabit bekerja sejak Januari lalu.

"Suspek mula tidak berpuas hati dengan mangsa selepas hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya itu tidak diterima kerana sikap lelaki terbabit yang cemburu dan panas baran.

"Namun kemuncak kemarahan suspek berlaku selepas mengetahui mangsa keluar dari rumah berkenaan untuk bertemu rakan dan tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dulu," katanya kepada Harian Metro di Sibu.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan dengan perasaan cemburu dan panas baran suspek selain bimbang akan terus dibelasah kemudiannya tampil membuat laporan polis hari yang sama.

Katanya, mangsa yang dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut kemudian mendedahkan dia dan suspek sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan dengan teman lelakinya itu sejak Januari tahun lalu.

"Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kemudiannya menahan suspek dan merampas seutas rantai gergaji yang digunakan untuk membelasah mangsa dalam kejadian itu.

"Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Tambahnya, mangsa kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan mahkamah. -HM



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVnHRX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.