Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caj Air: Walaupun Dilarang Kerajaan Pusat, P.Pinang Tetap Berkeras Mahu Naikkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caj Air: Walaupun Dilarang Kerajaan Pusat, P.Pinang Tetap Berkeras Mahu Naikkan





Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi membuat permohonan menaikkan caj tarif air di negeri berkenaan sungguhpun permohonan sama ditolak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) awal tahun ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi kenyataan semalam berkata telah mengemukakan permohonan cadangan surcaj penjimatan air (WCS) bagi menaikkan caj penggunaan air domestik melebihi 35,000 liter daripada RM0.48 sen kepada RM1.00 bagi setiap lebihan 1,000 liter.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya telah mengemukakan lima permohonan semula kepada SPAN dalam tempoh lapan bulan lepas untuk mendapatkan 'lampu hijau' pelaksanaan tarif baru berkenaan.

"Sejak itu, SPAN telah meminta PBAPP untuk menghantar semula permohonan sebanyak lima kali. Penghantaran semula bertarikh 20 dan 23 Jun, 8 Sept, 25 Okt dan 20 Nov lepas," katanya dipetik Bernama.

Tambahnya, PBAPP perlu mendapatkan kelulusan SPAN terlebih dahulu sebelum melaksanakanya diperingkat negeri seperti tertakluk dibawah Akta SPAN 2006 dan WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air) 2006.

"Tanpa kelulusan kerajaan persekutuan, PBAPP tidak boleh melaksanakan WCS RM1 secara sah," katanya.

Permohonan PBAPP untuk menaikkan caj air kali ini adalah untuk menaikkan tarif bagi kali ke-4 semenjak DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 2008.

"Walaupun berulang kali Pakatan menuduh kerajaan BN bertanggungjawab menaikkan kos sara hidup, ini adalah contoh kerajaan BN cuba untuk menaikkan harga yang dikehendaki DAP.

"Kerajaan DAP telah mengenakan bayaran tambahan kepada kadar air semenjak 2010 dimana tiada caj seumpamanya sebelum ini. Mereka menggandakan surcaj tersebut pada 2013. Dua tahun kemudian, mereka naikkan tarif air seluruhnya," kata penganalisis politik/ blogger Lim Sian See (LSS).

Ujarnya, kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi membuat permohonan untuk menaikkan caj penggunaan air yang mana harganya sudah meningkat 70% semenjak negeri diperintah DAP.

"Jadi sekarang anda tahu siapa yang mahu naikkan harga. Ianya DAP - bukan BN," kata LSS lagi.

- mD



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EaZWa4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.