Korban pertama lubang korek Padang Merdeka
KUCHING: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya gagal dikawal sebelum terhumban ke dalam lubang projek pembinaan saliran air ribut di Padang Merdeka di sini.
Keadaan mangsa disedari oleh orang awam sekitar jan 6.30 pagi tadi, yang kemudian menghubungi Balai Polis Sentral yang terletak kurang 300 meter dari lokasi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Sentral pada jam 7.23 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuching melakukan respons segera dengan mengatur gerak jentera FRT dan ambulans EMRS, dengan kekuatan 13 anggota.
“Mangsa, Dina Dzulkarnain Asan, 29 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Ling Hii lagi.
Difahamkan ini kejadian pertama berkait projek air ribut ini.
Sebelum ini, projek tebatan banjir Kuching yang turut melibatkan kerja penggorekan lubang jalan telah mengorbankan dua nyawa. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ChOdZ6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment