Hi! Welcome Back and Stay Tune! FiTA Studios terbit filem seram Thailand, teroka pasaran antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FiTA Studios terbit filem seram Thailand, teroka pasaran antarabangsa

JIKA sebelum ini FiTA Studios membawa filem Chowrasta ke India untuk pasaran negara tersebut, kali ini syarikat penerbitan itu mengorak langkah lebih besar meneroka pasaran antarabangsa dengan menerbitkan filem seram Thailand berjudul Realms.
 
FiTA Studios atau Fakulti Filem, Teater dan Animasi Studios Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan produksi popular Thailand iaitu Film Frame Productions untuk menghasilkan Realms: Your Nightmare Will Find You.
 
Realms sebuah naskah seram yang menjanjikan hasil yang terbaik dan dibintangi barisan pelakon popular Thailand seperti Praya Lundberg, Golf Pichaya dan Air Phantila.
 
Dua pelakon Hollywood Ryan Kelly dan Madison McKinly turut membintangi filem seram hebat ini.
 
Penerbit Eksekutif FiTA Studios, A. Latiff Mohaideen, berkata, ada sebab mengapa  mereka memilih menerbitkan naskah daripada negara Thailand sebagai permulaan.
 
“Kami memilih Thailand sebagai permulaan kerana pasaran filem negara ini sudah diperingkat antarabangsa sejak dahulu lagi.
 
“Selain itu, kita juga tahu populasi mereka sangat besar dan kami lihat Realms sebuah filem seram yang mampu menawan peminat filem negara ini,” katanya.


 
Tambahnya lagi FiTA Studios juga merupakan syarikat penerbitan pertama di Malaysia yang menerbitkan filem luar negara.
 
Ia sekaligus menjadikan FiTA Studios syarikat bumiputera pertama yang mengeksport filem luar negara ke negara lain termasuk Malaysia.
 
“Kami percaya peluang meneroka pasaran filem luar negara akan memberi pulangan balik kepada FiTA Studios.
 
“Filem ini menelan kos belanja mencecah AS$2 juta (RM8 juta), dan kami mensasarkan kutipan tayangan sebanyak AS$10 juta (RM40 juta),” katanya.
 
Realms yang diarahkan oleh pengarah dari Amerika Syarikat, Daric Gates bakal memasuki pawagam di Malaysia bermula 18 Januari 2018.
 



Sumber FiTA Studios terbit filem seram Thailand, teroka pasaran antarabangsa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CjsSfu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.