Taib nasihat rakyat Sarawak teruskan persefahaman, toleransi
KUCHING: Malaysia tidak mampu hidup jika kita tidak mampu berinteraksi sesama rakyat pelbagai kaum dan agama dalam mencari kefahaman, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam Perutusan Sambutan hari Krismas di sini.
Beliau optimis bahawa generasi muda mempunyai peluang membina jambatan perhubungan sesama kaum dan kepercayaan menerusi berada di sekolah sama, bermain bersama dan menikmati aktiviti sosial bersama.
“Saya begitu teruja melihat generasi muda yang berkongsi elemen seperti itu dan tidak bimbang dengan golongan sinis yang beranggapan Malaysia berpotensi menjadi kawasan yang sering menyaksikan perselisihan, termasuk pertembungan hanya berdasarkan kaum,” katanya.
Taib berkata, interaksi dan keikhlasan mahu memahami kebudayaan, termasuk kepercayaan dalam masyarakat majmuk ialah kunci mengekalkan kemandirian negara ini pada masa depan.
Gambar fail
Katanya, meskipun masih ada golongan yang sinis melihat kepelbagaian sebagai punca perpecahan, namun Malaysia masih mampu mengekalkan semangat persaudaraan sesama kaum sehingga kini.
“Secara peribadi, saya mempunyai keyakinan keupayaan untuk terus memastikan negara ini hidup berpunca daripada interaksi kita bersama. Interaksi berkenaan pastinya berkembang baik terutama dalam sektor ekonomi sebagai faktor pengikat kerana kita perlu bergerak secara bersama-sama membangunkan negara ini,” katanya.
Taib meramalkan dua generasi rakyat Malaysia akan datang dijangka membentuk kesepaduan lebih jitu, berbanding dua generasi terkebelakang yang menjadi asas kepada pembentukan keharmonian kaum lebih 50 tahun lalu.
“Kerumitan membina masyarakat berbilang kaum pada awalnya lebih sukar, namun secara perlahan-lahan ia menjadi mudah kerana kita mahu berinteraksi sesama kita. Tidak kira kita datang dari akar Cina, Melayu, Iban atau Melanau, tetapi kita memberi nilai tinggi menghargai satu sama lain dan mahu berbudi,” katanya.
Taib menggesa rakyat Sarawak terus mempertahankan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.
Katanya, rakyat Sarawak menyedari hakikat bahawa penting bagi mereka bekerjasama demi membawa kejayaan dan faedah yang lebih besar. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQNWZK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment