Hormati agama: Rakyat Semenanjung perlu belajar daripada rakyat Sarawak, Sabah
Kerumitan membina masyarakat berbilang kaum pada awalnya lebih sukar, namun secara perlahan-lahan ianya menjadi mudah kerana kita mahu berinteraksi sesama kita. Tidak kira kita datang dari akar Cina, Melayu, Iban atau Melanau, tetapi kita memberi nilai tinggi menghargai satu sama lain dan mahu berbudi,” kata Yang di-Pertua Negeri dalam perutusan Sambutan Krismas.
Negeri ini sentiasa menjadi contoh dan suri telan dalam konteks hubungan etnik yang harmoni.
Berbanding dengan apa yang berlaku di semenanjung, perbezaannya adalah umpama langit dengan bumi.
Begitu banyak kes yang mencetuskan kontroversi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Daripada isu kalimah Allah, tanda salib hinggalah kedai dobi khusus untuk pengguna Islam.
Kejadian di Johor itu menyebabkan Sultan Johor murka.
“Ini bukan negara Taliban, sebagai Ketua agama Islam di Johor, saya menegaskan, ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Ini perbuatan ekstremis,” kata Sultan Ibrahim ketika diwawancarai The Star.
Keadaan yang sedia ada di Sarawak tidak harus dirosakkan oleh segelintir pihak.
Keamanan, keharmonian hubungan kaum dan toleransi yang wujud ini perlu terus dikekalkan.
Untuk itu, kahwin campur atau amalgamasi antara kaum perlu terus dipupuk dan digalakkan. Pergaulan positif perlu dirancakkan.
Sebarang bentuk prasangka, kesendengan, stereotaip dan ethnosentresme perlu dihentikan. Sebaliknya, kesepaduan sosial perlu disemarakkan.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam perutusannya, berkata keharmonian sejati yang dimiliki Sarawak begitu unik dengan orang Kristian dan Muslim mampu hidup dalam satu bumbung tanpa ada sebarang pertikaian, malah sentiasa memegang erat konsep hormat menghormati.
Katanya, di negeri ini, tiada masalah bagi orang Kristian membuka pintu masuk gereja kepada Muslim untuk meletakkan kenderaan pada setiap Jumaat, dan sikap ini disambut pula Muslim membuka pintu masjid bagi orang Kristian meletakkan kenderaan pada setiap Ahad.
“Untuk tempoh lama, tidak kira Kristian, Muslim, Buddha, Hindu atau kepercayaan lain di negeri ini hidup bertoleransi,” katanya.
Katanya, keindahan Sarawak dari sudut keharmonian kaum wujud kesan kepelbagaian budaya dan kepercayaan yang diraikan bersama dan tidak pernah menyentuh sensitiviti keagamaan.
Malah, rakyat negeri ini cukup memahami semangat persaudaraan dan setia kawan.
“Rakyat Sarawak sedar mereka akan mengalami kehilangan besar terutama nikmat keamanan sekiranya masyarakatnya tidak bersatu dan sentiasa berpecah,” katanya.
Sesungguhnya, tidak ada gunanya kita mencetuskan konflik dan ketegangan kerana ia hanya merugikan semua pihak.
Peliharalah aset keharmonian yang ada.
Sebab, jika konflik berlaku ia akan menyebabkan ketidakstabilan sosiopolitik sehingga akhirnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Kita tidak boleh biarkan sikap ekstremisme dan pelampau merosakkan negeri Sarawak.
Jadi, mereka di Semenanjung perlu belajar daripada rakyat Sarawak dan Sabah. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQO7nS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment