Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang Johari selami sendiri masalah rakyat di Belaga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang Johari selami sendiri masalah rakyat di Belaga

BELAGA: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke sini semalam bagi mendapatkan maklumat balas dan memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan pedalaman ini.

Sejak dilantik sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak pada 13 Januari lalu, ini merupakan lawatan pertama beliau ke kawasan ini.

Bercakap di hadapan rakyat di Dewan Masyarakat Belaga di sini, Abang Johari yang menjadikan kawasan pembangunan luar bandar sebagai teras dasar politik beliau, menekankan bahawa beliau ingin memastikan kemudahan internet turut diberikan perhatian di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Saya maklum akan masalah komunikasi di kawasan ini. Daerah ini memerlukan rancangan pembangunan yang terancang bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa nasib rakyat luar bandar akan terus dibela oleh kerajaan Barisan Nasional.

Beliau mengulangi  komitmennya untuk memastikan berlakunya keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Semalam beliau meluluskan peruntukan RM50 juta untuk menaik taraf  fasa pertama jalan Belaga-Menjawah yang dalam keadaan teruk.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sini atas sambutan hangat yang diberikan, Abang Johari menegaskan pentingnya penduduk pelbagai kaum di kawasan it terus bersatu.

“Hanya dengan persefahaman, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman, dan seterusnya pembangunan dapat diteruskan,” katanya. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BTLOjV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.