Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemimpin DAP Hina Tentera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemimpin DAP Hina Tentera





Tuduhan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong kononnya pembinaan kem di Sembrong, Johor adalah bermotifkan politik bukan sahaja tidak berasaskan kebenaran bahkan menghina anggota tentera di negara ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh anggota tentera boleh dipergunakan demi kepentingan pihak tertentu.

“Hakikatnya Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempergunakan mana-mana pihak ter­utamanya anggota tentera bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Cuba anda lihat di Port Dickson (Telok Kemang) dan Lumut yang mempunyai kem-kem tentera besar, bukankah ahli Parlimen mereka datangnya da­ri­pada pembangkang?

“Penghinaan terha­dap anggota tentera ini dah lama berlaku sehingga mereka sang­gup mengangkat Mat Indera sebagai pejuang. Mereka ini golongan yang tidak bertanggungjawab jadi dia boleh bercakap apa saja tanpa berpaksikan kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan bersama UEM Group Berhad di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 400 pelajar di Parlimen ini menerima bantuan berupa dua pasang pakaian seragam, kasut, beg sekolah, stokin dan set alat tulis.

Beliau mengulas kenya­taan Chin Tong dalam sebuah portal berita baru-baru ini yang mendakwa pembinaan kem dalam kawasan Parlimen Sembrong bermotifkan politik bagi memberi kelebihan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan Ahli Parlimen Sembrong dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut katanya, secara peribadi beliau melihat kedudukan Hishammuddin di Parlimen Sembrong yang didakwa mahu diselamatkan dengan pembinaan kem tersebut adalah sangat kukuh dan disebabkan itu, apa yang diperkatakan Chin Tong merupakan perkara yang tidak betul.

“Pembinaan kem-kem askar ini pun bukan dilakukan secara suka-suka sebaliknya mengikut perancangan strategik yang diatur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dan untuk mengatur gerak kedudukan anggota tentera di sesuatu kawasan itu pula, tidak semestinya memerlukan kem-kem besar kerana mereka boleh saja ditugaskan di kawasan tertentu sekiranya sudah terdapat bangunan taktikal bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran,” kata­nya.

Tambahnya setakat ini terdapat 12 kem tentera yang sedang dirancang untuk dibangunkan dengan salah satu daripadanya adalah di Felda Sahabat, Lahad Datu.

- Utusan Online



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pT1JNV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.