Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Disaman Di China Kerana Logo App Store Didakwa Melanggar Harta Intelek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Disaman Di China Kerana Logo App Store Didakwa Melanggar Harta Intelek

Tahun ini ialah tahun yang amat hangat bagi apa dari segi jualan peranti dan kes mahkamah. Sambutan ke atas iPhone X amat menggalakkan dan begitu juga jumlah kes saman yang perlu mereka hadapi. Terkini mereka di saman syarikat KON yang merupakan jenama pakaian dari China. Menurut KON, logo App Store yang digunakan pada iOS 11 melanggar harta intelek logo syarikat mereka.

Seperti yang boleh anda lihat di atas, logo App Store baru mempunyai banyak persamaan dengan logo KON. Memandangkan KON telah menggunakan logo ini sejak 2009, mereka mahu Apple membayar ganti rugi kerana menggunakan logo tanpa kebenaran. Mereka juga mahu Apple melakukan permohonan maaf dan berhenti dari menggunakan logo mereka pada peranti yang dijual. Mahkamah China akan mendengar kes ini dalam minggu-minggu mendatang.

Sebelum ini jualan iPhone pernah diharamkan di Beijing kerana mahkamah bersetuju bahawa rekaan iPhone menyamai rekaan peranti keluaran sebuah syarikat tempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZdEZB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.