Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman…

Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman… | Saya Luv Islam – Bukti kita semua sedang berada di ambang akhir zaman. Jom baca hujah ustaz. Kongsikan.

PALESTIN TIDAK DAPAT DILINDUNGI

PENGIKTIRAFAN Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump jelas menggambarkan dunia kini berada di ambang akhir zaman.

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, penaklukan Baitulmaqdis oleh Israel benar-benar membuktikan bahawa zaman ini sudah berada di penghujungnya. “Bukti utamanya ialah umat Islam begitu lemah sekali , meskipun ramai bagai buih di lautan tetapi tidak berdaya mempertahankan sebuah negara kecil seperti Palestin.

“Lihatlah sebuah negara kerdil seperti Palestin tidak dapat dipelihara daripada cengkaman Trump, Zionis dan Israel,” katanya kepada Sinar Harian.

UMAT ISLAM TAK BERSATU

Bahkan menurut beliau lagi, dalil kedua yang memaparkan kita sedang berdepan petanda akhir zaman ialah umat Islam bertelagah sesama sendiri.

“Tiada lagi perpaduan dalam memperjuangkan agama Islam, ini agama ALLAH.

“Buktinya, perbalahan yang berlaku di Syria, Yaman dan Libya jelas menunjukkan orang Islam tidak kuat,” jelasnya.

Mohd Izhar Ariff berkata, al-Quran menyebut kekuatan kamu akan hilang apabila perbalahan menyelubungi umat Islam.

PALESTIN DIPERKOTAK KATIKKAN

“Puncanya Palestin jadi satu objek mainan, isu ini diambil enteng oleh umat Islam sehingga ia terlepas kepada Israel dan Trump.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara Islam seluruh dunia bukan sahaja Malaysia menyuarakan kelantangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan ini sebagai

sangat zalim dan tidak adil. Tindakan mereka jelas kuku besi dan kini Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang membincangkan isu ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurutnya, umat Islam seluruh dunia diseru menyatakan bantahan di laman-laman sosial anti- Israel dan mereka tidak sepatutnya mengambil hak rakyat Palestin.

Sumber: Sinar Harian

The post Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman… appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D1VWbb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.