Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau Tak Bercita-Cita Jadi PM Kenapa DAP Perlu Meroyan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau Tak Bercita-Cita Jadi PM Kenapa DAP Perlu Meroyan?



PAS mempersoal mengapa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu bersikap meroyan jika apa yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah perkara yang tidak benar.

Ia berikutan semalam, Hadi melalui satu rencana di sebuah akhbar dilaporkan menyelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dakwanya bercita-cita mahu menjadi perdana menteri, yang mana bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini selain menegaskan, hanya Islam boleh berlaku adil kepada semua.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali, tindakan Guan Eng itu hanya menjelaskan hasrat DAP untuk mengepalai negara samada dengan menjadi Perdana Menteri atau menunggang orang lain yang sanggup menjadi boneka sebagai Perdana Menteri.

“Rakyat menyedarinya. Usah berlakun dan berpura-pura tidak. Ia adalah ancaman bagi kerangka bernegara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan kerana tindakan-tindakan DAP menunjukkan mereka tidak mesra Islam malah membantah banyak agenda memlerkasakan Islam,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Sebelum ini Abdul Hadi berkata kerajaan DAP di Pulau Pinang gagal untuk menjadi sebuah “negeri yang bersih” dan menyebabkan rakyatnya mengalami keperitan.

DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat gabungan DAP-PKR-PAS berjaya mengalahkan UMNO-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun ia diselar Guan Eng dengan menyatakan Presiden PAS memainkan sentimen agama dan perkauman di kalangan rakyat apabila mendakwa parti dominasi Cina itu mahukan jawatan perdana menteri.

Kata Guan Eng lagi kenyataan Abdul Hadi itu langsung tidak beretika sekaligus bertentangan dengan sikap seorang agamawan.

“Sudah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri,” kata Guan Eng dalam sidang media di Pulau Pinang semalam.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata PAS juga bimbang terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan pembangkang ada menerima dana dari luar negara yang agak banyak untuk PRU14.

“Sangat bahaya apabila ada parti dibiayai oleh orang luar yang tentu sahaja ada kepentingan yang tidak selari dengan kepentingan negara.

“Ia menggadai negara kepada orang asing, ” ujarnya lagi.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oSZRUX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.