MENINGGAL DUNIA KETIKA BERQIAMULLAIL!! SUBHANALLAH
KOTA BHARU 15 Jun - Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.
Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.
“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena malam-malam terakhir Ramadan ini. - UTUSAN ONLINE
SUMBER: Utusan Melayu (M) Bhd
✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2tanL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment