Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baitulmaqdis, Perjuangan.. Bermulanya ERA Akhir Zaman... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baitulmaqdis, Perjuangan.. Bermulanya ERA Akhir Zaman...


ISU Palestin tidak pernah luntur daripada pemikiran kita semua, kerana isu ini amat dekat dengan kita. Tidak kiralah orang Islam atau tidak, isu ini diakui sebagai isu yang amat sensitif dan boleh mengancam keselamatan Timur Tengah jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Hari ini, usaha mempertahankan hak rakyat Palestin juga telah dilakukan oleh orang bukan Islam kerana kekejaman Israel yang amat dahsyat dan di luar norma kemanusiaan.

Bahkan, sebilangan penganut Yahudi turut sama menentang penguasaan Israel terhadap Baitulmaqdis yang merupakan penempatan rakyat Palestin sejak sekian lama.

Mereka menzahirkan dengan pelbagai bentuk bantahan seperti memorandum, kenyataan media, tulisan artikel termasuk tunjuk perasaan dan juga demonstrasi.

Pegawai Penerangan (Agama) Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin berkata, soal pembebasan Baitulmaqdis, bukan semata-mata isu agama, anutan dan kepercayaan tetapi ia lebih menjurus kepada isu kemanusiaan dan hak.

“Ini kerana, Israel yang sejak dari awal sehingga hari ini gagal mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota mereka.

“Namun, memandangkan Amerika Syarikat salah sebuah negara dari lima buah kuasa besar di bawah PBB, melalui Donald Trump mereka membuat provokasi besar terhadap umat Islam dengan membuat pengisytiharan Baitulmaqdis yang menjadi kepunyaan rakyat Palestin kononnya sebagai ibu kota Israel,” jelasnya.


Wan Ji yang juga pendakwah bebas berkata, pengisytiharan yang berbentuk provokasi ini amat jelas mempunyai agenda yang amat tersirat.

“Apa yang pasti, di sebalik pengisytiharan itu terdapat penafian terhadap hak dan usaha untuk menafikan kemanusiaan rakyat Palestin yang majoriti mereka terdiri penganut agama Islam.

“Keadaan ini mewujudkan penentangan dan bantahan dari banyak pihak di dunia. Menariknya, bantahan tersebut bukan sekadar dari kalangan orang Islam, malahan dari kalangan bukan Islam, dan dari kalangan Yahudi yang anti zionis turut sama membantah terhadap pengisytiharan Trump tersebut,” katanya.

Menurutnya, pembukaan Baitulmaqdis dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di samping enam perkara secara berurutan akan berlaku tanda-tanda kiamat dinyatakan bahawa antaranya ialah pembebasan terhadap Baitulmaqdis.

“Hadis tersebut menyatakan bahawa enam perkara berurutan yang perlu dihitung sebagai tanda-tanda kiamat, iaitu, kewafatan Nabi Muhammad SAW, kemudian pembukaan Baitulmaqdis, kemudian kematian yang menyerang sepertimana penyakit membunuh kambing, kemudian kekayaan melimpah ruah sehingga seseorang lelaki yang diberikan seratus dinar pun, dia tetap marah (kerana berasa kurang), kemudian fitnah sehingga tidak ada sebuah rumah orang Arab melainkan fitnah itu akan masuk ke rumah mereka, kemudian terjadinya perdamaian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.

“Tidak diketahui, pembebasan Baitulmaqdis yang mana menampilkan sebagai tanda kiamat. Ini kerana, dari sudut sejarah, sudah beberapa kali Baitulmaqdis telah dibebaskan, iaitu pada zaman pemerintah Saidina Umar bin al-Khattab pada tahun 16 Hijrah dan pada zaman penguasaan Salahuddin al-Ayubi pada tahun 583 Hijrah,” katanya.

Sementara itu, dari sudut hadis yang sahih, dipamerkan bahawa soal pembukaan Baitulmaqdis adalah antara tanda-tanda kiamat.

Wan Ji berkata, apa yang jelas, dalam hadis itu dipamerkan tanda kiamat itu bukan semata-mata pembebasan terhadap Baitulmaqdis, malahan dinyatakan juga berkenaan dengan tanda kiamat itu adalah dengan kewafatan Rasulullah SAW. Bermakna, akhir zaman yang kiamat bakal menjengah itu bermula dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang merupakan Nabi akhir zaman.

“Ini dapat dilihat juga dengan hadis yang lain bahawa dipamerkan bahawa, antara tanda akhir zaman itu adalah apabila wujud kalangan anak muda yang masih lemah pemahaman, yang mereka mempunyai ungkapan yang baik, namun mereka terkeluar dari agama bagaikan anak panah yang tersasar dari tujuannya," katanya.

Bukan itu sahaja, menurut Wan Ji, majoriti ulama mentafsirkan hadis ini adalah merujuk kepada golongan khawarij yang mengamalkan amalan takfiri, iaitu mengkafirkan sesama Islam. Apa yang pasti, kewujudan khawarij ini sudah lama, iaitu pada era zaman sahabat lagi.

“Dengan ini jelas, bukan soal pada zaman kita atau akan datang baru berada dalam lingkungan akhir zaman, bahkan semenjak zaman Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi lagi, sudah bermula era akhir zaman yang dimaksudkan oleh hadis," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2khunTF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.