Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAKATAN SIAP SEDIA HADAPI PRU14 DI BAWAH SEMPADAN BAHARU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAKATAN SIAP SEDIA HADAPI PRU14 DI BAWAH SEMPADAN BAHARU

KERAJAAN dijangka mengadakan sesi Parlimen khas bulan depan bagi meluluskan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Salahuddin Ayub.

“Kami percaya Barisan Nasional akan membubarkan Parlimen dan Dewan Negara selepas cadangan SPR diluluskan,” kata timbalan presiden Amanah itu hari ini.

Walaupun disebut-sebut dengan meluas bahawa ia tidak adil, persempadanan semula SPR bukan bermakna  cabaran PH terhenti di sini, kata Salahuddin.

” Apa yang kita perlukan ialah sokongan 10%-20% dari penyokong tegar Melayu atau Umno,” tambah beliau.

Salah satu kritikan atas cadangan persempadanan semula SPR ialah ia akan mewujudkan kerusi majoriti besar dalam kerusi dipegang pembangkang. Cadangan itu juga mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu dan kurang kerusi campuran dengan mengalihkan pengundi.

Pada PRU13, BN menang 77 kerusi majoriti Melayu manakala Pakatan Rakyat menang 37. Dalam pertandingan kerusi campuran, BN menang 8 kerusi, manakala PR 21.

“Tapi kami tiada pilihan selain dari bersiap sedia bagi cadangan baharu ini,” kata Salahuddin ketika ditanya jika PH bersedia untuk kawasan persekutuan dan negeri baharu.

Katanya, sempadan pilihan raya baharu sudahpun diketahui dan PH sudah bersedia untuk menghadapinya.

Sementara itu, Salahuddin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat beberapa kes berprofil tinggi.

“Sepatutnya tiada persepsi terhadap pendakwaan berpilih apabila banyak kes melibatkan – bekas pengerusi Felda Abdul Isa Samad, Bill Kayong dan Menteri Besar johor Khaled Nordin – masih terbuka.

“Pihak berkuasa mesti menyiasat kes-kes ini supaya dilihat berlaku adil,” kata Salahuddin di Wisma Amanah hari ini.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2Vnuo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.