Rakaman Skrin Pada Peranti Samsung Dengan Oreo Akan Dinamakan Berdasarkan Aplikasi
Antara perkara yang sedikit melecehkan ialah penamaan rakaman gambar (screenshot) pada peranti pintar. Ratusan diambil dan kerap kali diberikan nama yang generik sehingga sukar mencari rakaman gambar yang dikehendaki di masa hadapan. Bagi pengguna peranti Samsung dengan Android Oreo, ini tidak akan jadi menjadi masalah.
Menurut laman Sammobile, rakaman gambar yang diambil secara automatik akan dinamakan berdasarkan aplikasi yang digunakan. Sebagai contoh apabila skrin YouTube dirakam, ia akan mempunyai perkataan YouTube pada nama yang diberi. Ini memudahkan proses mencari rakaman gambar yang dikehendaki di masa hadapan. Ini ialah fungsi yang secara ikhlas sudah lama kami perlukan. Setiap tahun ribuan rakaman gambar diambil untuk ulasan dan proses mencari gambar yang diperlukan adalah seperti mencari jarum di dalam jerami.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kMyoiu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment