Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: PAS SEDIA GEMPUR JOHOR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: PAS SEDIA GEMPUR JOHOR

PAS merancang bertanding sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun di Johor pada PRU14.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, partinya telah mengenal pasti calon-calon berpotensi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk bertanding di bawah tiket Pas.

“Daripada calon-calon yang disenaraikan, kira-kira 30 peratus masing-masing adalah terdiri daripada kalangan ulama dan ahli profesional, manakala 40 peratus lagi dipilih daripada kalangan aktivis masyarakat,” kata Abdullah ketika memberitahu Oriental Daily.

Pada PRU yang lalu, Pas bertanding sebanyak lapan kerusi parlimen dan 31 kerusi Dun. Hasilnya, mereka memenangi empat kerusi Dun, iaitu Maharani, Puteri Wangsa, Sungai Abong dan Parit Ya’ani.

Menurut Abdullah, walaupun Adun Parit Ya’ani, Aminolhuda Hassan telah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, tetapi Dun terbabit masih dianggap kubu kuat Pas.

“Biarpun sebelum ini dikatakan ramai ahli Pas telah keluar parti, terutama sekali dalam kalangan pemimpin muda yang menyertai Amanah, namun pada hari ini, keadaan ini telah pun pulih seperti sedia kala.

“Kekosongan jawatan yang ditinggalkan mereka kini telah diisi. Saya mengakui Johor kehilangan ramai ahli Pas, termasuk yang berpeluang mewakili parti dalam PRU akan datang.

“Apabila berlaku keadaan ini, Pas Johor sudah pasti akan diwakili oleh muka-muka baharu.

“Dianggarkan, kira-kira 70 peratus calonnya terdiri daripada mereka yang kali pertama bertanding dalam PRU,” jelas Abdullah lagi.

Mengenai kedudukannya sendiri, kata Abdullah, beliau masih menyimpan hasrat untuk mempertahankan kerusinya di Puteri Wangsa. Bagaimanapun, keputusan muktamad perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan.

DAP tidak penah minta jawatan PM

DAP menegaskan bahawa partinya tidak pernah meminta jawatan perdana menteri seperti didakwa oleh Umno dan Pas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, apa yang lebih dikesalinya ialah bukan sahaja pemimpin Umno dan Pas yang sering kali menabur fitnah DAP inginkan jawatan perdana menteri, malahan MCA kini turut melakukan tindakan yang sama.

“Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kini sudah senada dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membuat pembohongan kononnya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ingin menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan,” kata Guan Eng seperti yang disiarkan dalam Oriental Daily.

Guan Eng menegaskan, bagi DAP, calon perdana menteri yang masih menjadi pilihan utama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya Anwar tidak dapat memegang jawatan perdana menteri kerana masih menerima hukuman penjara, Pakatan Harapan masih mempunyai calon lain yang mungkin akan diumumkan pada bulan hadapan,” katanya.

Guan Eng membidas Tiong Lai kerana sebagai pemimpin Cina dalam BN, nadanya tidak disangka  sama seperti Abdul Hadi.

“Adalah lebih baik Tiong Lai meletakkan jawatan sebagai presiden MCA dan menyertai Umno atau Pas sebagai ahli bersekutu,” katanya.

Kes kongsi gelap meningkat di sekolah

Kes jenayah membabitkan kongsi gelap dan peras ugut dilaporkan sedikit meningkat di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Cheong Sin Woon berkata, mengikut rekod yang diperoleh kementerian, kes yang berkaitan dengan kongsi gelap meningkat sebanyak tiga kes sepanjang tahun ini.

Menurutnya lagi, kes peras ugut pula meningkat sebanyak lima kes.

“Bagaimanapun, kebanyakan kes jenayah yang berlaku di sekolah seperti buli, pergaduhan, mendatangkan kecederaan dan curi telah pun menurun,” kata Sin Woon seperti dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Menurutnya, secara keseluruhannya, kejadian jenayah di sekolah mendapat kerjasama yang baik oleh semua pihak, termasuk ibu bapa.

“Semua sekolah di seluruh negara kini mempunyai kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV). Cuma terdapat sesetengahnya agak lama dan ia perlu ditukar dengan yang baharu,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bkcjmb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.