Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rogol Isteri Rakan: Anggota Tentera Dipenjara, Sebat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rogol Isteri Rakan: Anggota Tentera Dipenjara, Sebat..


Rogol Isteri Rakan: Anggota Tentera Dipenjara, Sebat.. - KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (Khamis).

Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.


Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera.

“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan pemenjaraan bapanya ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.

Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di sini pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk, mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.

Lalu wanita itu membuka matanya sedikit dan melihat seorang lelaki berkepala botak yang mana mangsa menyangka lelaki itu adalah suaminya kerana suaminya juga berkepala botak.

Tertuduh juga cuba untuk meliwat mangsa menyebabkan mangsa terkejut lalu bangun dan melihat lelaki itu bukan suaminya sebaliknya adalah rakan suaminya yang ketika itu dalam keadaan bogel.

Mangsa menjerit namun tertuduh menyuruh mangsa supaya tidak bising dan dia segera memakai pakaiannya dan meninggalkan mangsa sebelum mangsa menghubungi suaminya yang ketika itu tiada di rumah.

Difahamkan tertuduh telah datang ke rumah rakannya itu untuk menumpang tidur selama sehari. - Bernama

Sumber: Mstar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kimCN9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.