Hi! Welcome Back and Stay Tune! Populariti Pembangkang Mula Merosot, Meraba Cari Isu Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Populariti Pembangkang Mula Merosot, Meraba Cari Isu Baharu



Perbuatan pembangkang mempolitikkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengeksploitasi sistem perundangan untuk menghalang urusan itu merupakan cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kemerosotan popularti yang mereka alami, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata, seperti negara demokrasi lain, Malaysia juga melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan sebelum pilihan raya diadakan bagi mencerminkan pertumbuhan penduduk dan proses itu adalah perkara biasa, tidak melibatkan campur tangan politik serta dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersifat bebas.

“Realitinya ialah badan kehakiman Malaysia bersikap bebas dan adil. Keputusan yang kerap tidak menyebelahi kerajaan merupakan suatu perkara yang diketahui umum.

“Pembangkang hanya bersungut apabila keputusan tidak menyebelahi mereka. Adalah memalukan apabila pembangkang memilih untuk memburuk-burukkan negara mereka sendiri di peringkat antarabangsa, semata-mata untuk mencari keuntungan politik,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B43JEe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.