Leagoo M9 Diumumkan Dengan Skrin Nirbingkai Dan Empat Kamera
Jenama Leagoo menawarkan peranti pada harga mampu milik. Mereka baru sahaja mengumumkan peranti Leagoo M9 dengan rekaan nirbingkai dan empat kamera. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD (1280×840 pixel). dijana pemproses MediaTek MT6580T, memori sebesar 2GB RAM dan storan 16GB.
Kamera utama pada bahagian belakang ialah gabungan 8+2 Megapixel f/2.0. Ini dipadankan dengan dwi-kamera swafoto 5+2 Megapixel f/2.4 yang turut dilengkapi dengan flash. Peranti ini turut dilengkapi bateri sebesar 2850 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.
Ia masih lagi menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan pelancar Leagoo OS3.0 Lite. Peranti nirbingkai kelas permulaan ini akan dijual pada harga $79.90 (~RM 325) sebuah. Ini meletakkannya sebagai peranti nirbingkai dengan empat kamera paling mampu milik pernah dilancarkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yVtd4A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment