Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lesen Operasi Labuan Ferry Corporation Dibatalkan Oleh Kementerian Pengangkutan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lesen Operasi Labuan Ferry Corporation Dibatalkan Oleh Kementerian Pengangkutan.


LABUAN, 19 Dis - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan surat untuk membatalkan lesen operasi kepada pengusaha feri Labuan-Menumbok berkuat kuasa serta merta.

Surat pembatalan itu dikeluarkan pada 25 Okt lepas kepada penyedia perkhidmatan feri sejak sekian lama, Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd, dengan menyatakan alasan antara lain kerana syarikat itu telah pun dibubarkan oleh Mahkamah TInggi Labuan dan tidak mematuhi aspek keselamatan yang diperlukan.

Surat itu menyatakan Kementerian Pengangkutan menerima pemberitahuan daripada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah berhubung keputusan mahkamah untuk membubarkan syarikat pengusaha feri itu dan perkara ini kemudiannya disahkan oleh Jabatan Insolvensi bahawa tindakan pembubaran dibuat pada 6 Feb 2017.

Kementerian turut menerima laporan pemeriksaan keselamatan pada 2 Okt daripada Jabatan Marin Labuan berkaitan feri MV Wawasan Perdana kendalian pengusaha feri itu yang tidak mematuhi aspek keselamatan yang diperlukan.

Pengusaha feri yang menyediakan perkhidmatan itu selama lebih sedekad, pada mulanya mengendalikan dua buah feri iaitu Wawasan Perdana dan Warisan, bagaimanapun menamatkan operasi Feri Warisan dan hanya mengendalikan Wawasan Perdana yang ketika ini dalam proses pembaikan.

Berikutan pembatalan lesen itu, laluan laut dari Labuan ke tanah besar Sabah kini dikendalikan oleh dua pengusaha iaitu Juta Bonus, menggunakan feri Galaxy, dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan tiga buah feri iaitu Kimanis 1, Putrajaya 2, dan Goodwill Star.

Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Kapten Abel Ongkunik, yang mengesahkan pembatalan lesen itu, berkata pemberitahuan awam menerusi media adalah penting untuk mengelak penjualan secara haram tiket feri Labuan-Menumbok-Labuan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan.

Usaha Bernama untuk menghubungi pengusaha feri itu tidak berhasil. -BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CJ06nq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.