Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seronok Hidup Telanjang, Dedah Kenapa Hanya Pakai Stoking - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seronok Hidup Telanjang, Dedah Kenapa Hanya Pakai Stoking



Memilih untuk hidup dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang mungkin memberi reaksi negatif terhadap individu terbabit, namun bagi warga emas berusia 81 tahun, tindakan tersebut membuatkan dia begitu seronok dan berasa “bebas”.

Stuart Haywood, sudah 10 tahun memilih menjadi “lelaki bogel” kerana merasakan ia memberikan keseronokan kepadanya. Bagaimanapun, satu-satunya benda yang dipakai pada badannya adalah stoking.

Dan, warga emas itu ada sebab tersendiri mengapa dia hanya memakai stoking, tatkala anggota tubuh badannya yang lain terdedah.

“Saya perlukan tempat untuk menyimpan telefon bimbit saya. Apabila saya keluar menikmati keindahan alam semula jadi, saya meletakkan ia di bawah agar selamat,” katanya memetik metro.uk.

Portal tersebut melaporkan Stuart akan sentiasa berbogel termasuk ketika bercuti, namun di United Kingdom, warga emas itu hanya akan telanjang bulat di satu tempat sahaja iatu di sebuah taman terpencil yang terletak di Derbyshire.

Stuart menjelaskan dia tidak bertelanjang di rumah sendiri.

“Wanita, (iaitu) pemilik taman itu agak gembira bila saya pergi dan meneroka tamannya dalam keadaan berbogel.

“Wanita itu tahu betapa saya sukakan bunga ros dan dia mempunyai ruang luar yang cukup indah. Saya telefon dia dan memberitahu yang saya akan datang, dan dia tiada masalah tentang itu.

“Ia memberikan saya kesempatan untuk menikmati dua hobi dalam satu masa – berkebun dan telanjang,” kata pesara akauntan itu.

Stuart menambah dia berasa lebih baik sejak memutuskan untuk menjadi "lelaki bogel".

"Ia sangat menaikkan semangat. Apabila saya berada di luar dan saya tidak memakai apa-apa pakaian, saya mula berasa sangat baik.

“Pada mulanya, saya fikir ia adalah kerana ‘semuanya’ bebas - jika anda tahu apa yang saya maksudkan. Tetapi sekarang, saya fikir ia adalah kerana saya menyerap begitu banyak vitamin D,” katanya.

Dia mengambil keputusan untuk menjadi "lelaki bogel" secara 'tetap' selepas menyertai satu kem berbogel, di mana dakwa Stuart, semua peserta yang menyertai kem tersebut juga merasai apa yang dirasainya.

“Kami rasa bertenaga setiap kali kami melangkah. Satu lagi kelebihan adalah, perjalanan kami juga sangat ringan,” ujarnya.

Stuart yang sudah berkahwin selama 57 tahun bersama isterinya bernama Rhina juga telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka dalam keadaan telanjang pada 2015.

Namun, Stuart menjelaskan isterinya masih lengkap berpakaian.

“Isteri saya tetap berpakaian lengkap, tapi itu OK. Dia kelihatan sangat menawan.

“Tetapi bagi saya, saya suka fakta bahawa saya berasa bebas dan tanpa apa-apa pakaian. Sebagai seorang lelaki, ia sangat baik untuk menikmati tahap kebebasan itu.” - MalaysianDigest



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kNkHzG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.