Nokia 9 Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5-inci OLED, Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Belakang
Tahun ini menyaksikan HMD Global memperkenalkan Nokia 8 dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk penggunaan kamera berjenama Zeiss pada peranti mereka. Kini, bergerak kehadapan, ramai yang menantikan peranti Nokia 9 yang telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.
Hari ini, Nokia 9 dilihat telah melepasi pengesahan badan berkuasa di Amerika, iaitu FCC, sekaligus memperlihatkan beberapa info lanjutan berkenaan telefon pintar berkenaan.
Daripada apa yang diketahui, Nokia 9 dilihat hadir menggunakan cip Snapdragon 835, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan panel OLED.
Telefon pintar ini juga dijangka hadir menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera hadapan gabungan sensor 12MP dan 13MP.
Nokia 9 ini juga dijangka hadir dengan Android 8.0 Oreo secara terbina bersama dengannya.
Buat masa ini, info lanjut seperti tarikh pelancaran, mahupun spesifikasi lain seperti memori dan sebagainya tidak diketahui lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D8LKxR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment