Hi! Welcome Back and Stay Tune! '18 Tahun Tiada Pencabar.' Akhirnya, Aina Gamzatova, Wanita Islam Pertama Yang Akan Bertanding Bersama Putin Dalam Pilihan Raya Presiden Rusia 2018.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'18 Tahun Tiada Pencabar.' Akhirnya, Aina Gamzatova, Wanita Islam Pertama Yang Akan Bertanding Bersama Putin Dalam Pilihan Raya Presiden Rusia 2018..



DAGESTAN: 18 tahun tiada pencabar, kejantanan Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal tergugat apabila wanita Islam dari wilayah Dagestan, Aina Gamzatova mengumumkan secara rasmi mahu bertanding menentang beliau dalam pilihan raya Presiden Rusia 2018.

Image result for Aina Gamzatova

Image result for Aina Gamzatova

Pengumuman Aina, mendapat sambutan ratusan penyokongnya di Makhachkala, dua hari selepas mengesahkan pencalonannya menerusi Facebook.


Aina mengetuai syarikat media Islam terbesar di Rusia, Islam.ru yang meliputi rangkaian televisyen, radio, syarikat percetakan, penerbitan buku Islam, serta mengendalikan kebajikan.

Image result for Aina Gamzatova

Suami Aina, Akhmad Abdulaev merupakan mufti wilayah Dagestan, wilayah pemisah yang menyaksikan konfrontasi berpanjangan melibatkan pejuang, perbalahan puak dan pasukan persekutuan yang mengorbankan ribuan nyawa.

Image result for Aina Gamzatova

Pencalonan Aina, bagaimanapun mendapat reaksi berbeza komuniti Islam Rusia.


Mereka yang setuju menyokong keazaman Aina mahu mencabar Putin, yang sebaliknya pula berpendapat Aina tidak sepatutnya melangkaui batas sebagai isteri seorang mufti.

Berjaya atau tidak misi cabar Putin, kempen Aina tetap dianggap membawa perkembangan positif.

Ia bakal melonjak imej wanita Islam di Rusia, dan tentang keperluan memberi perhatian kepada wilayah Dagestan dihuni pelbagai etnik yang dikatakan kurang membangun.


Aina merupakan sebahagian anggota Sufi yang dipimpin Said-Afandi Chirkavi, yang mati dibunuh oleh pengebom bunuh diri pada 2012.

Suami pertama Aina Said Muhammad Abubakarov, juga maut akibat letupan kereta pada 1998.

Pembunuhnya sehingga kini tidak ditemui.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfCdTj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.