DBKU belum cadang ambil tindakan ke atas kontraktor projek saliran Padang Merdeka
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) belum bercadang mengambil tindakan terhadap kontraktor berkaitan kematian penunggang motosikal di tapak projek pembinaan saliran air ribut di Padang Merdeka sehari selepas sambutan Krismas.
Pada 26 Disember lepas, mangsa Dina Dzulkarnain Asan, 28, yang terhumban di dalam lubang projek ditemui orang awam yang melalui jalan tersebut sekitar 6.30 pagi sebelum menghubungi Balai Polis Sentral.
Lelaki dari Taman Dahlia, Matang itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai lemas dihempap motosikal di dalam parit digenangi air.
Bercakap selepas melancarkan Pelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon Di Kawasan DBKU, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata kemalangan terbabit masih dalam siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini kerana masih dalam siasatan.
Abdul Wahap bagaimanapun membayangkan projek naik taraf Padang Merdeka bernilai RM1.1 juta itu sepatutnya sudah siap Oktober 2017, tetapi kontraktor terbabit gagal menyiapkannya mengikut jadual.
Rentetan insiden tersebut, DOSH mengambil tindakan mengeluarkan notis memberhentikan projek pembinaan tersebut.
DOSH dalam kenyataannya memberitahu, sedia mengambil tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) ke atas pihak bertanggungjawab. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DXdYeC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment