Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang ajar kami hisap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang ajar kami hisap

Abang ajar kami hisap|Seorang lelaki tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap dadah sejak tiga tahun lalu di rumah keluarga mereka di Kampung Rambutan, Padang Terap.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu bersama dua adiknya berusia 15 dan 19 tahun terbongkar selepas ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap Zainal Abidin Ismail berkata, operasi diadakan selepas pihaknya menerima aduan orang awam yang dilakukan 10 anggota diketuai Mazhar Murad.

Menurutnya, operasi yang bermula dari 11 pagi semalam hingga jam 4.30 pagi tadi diadakan di Kampung Barokhas, Tualak, Rambutan, Bukit Indin serta berek polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.

“Dalam serbuan dijalankan di lima rumah, kita menahan 10 penagih berusia 15 hingga 30 tahun.

“Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutkan apabila kita menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap syabu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, teman lelaki adik perempuan lelaki berkenaan serta seorang rakan lelakinya turut ditahan.

Malah, katanya, siasatan dijalankan juga mendapati adik perempuan lelaki berkenaan sudah tidak lagi bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua yang ditahan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983,” katanya.

The post Abang ajar kami hisap appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cvlksu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.