7 Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2017
Setiap pasangan pasti impikan perkahwinan yang sentiasa bahagia dan kekal bersama hingga ke akhir hayat. Tiada siapa yang inginkan perceraian.
Namun, tidak semua ikatan perkahwinan mampu dipertahankan. Soal jodoh hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Tahun ini menyaksikan beberapa selebriti yang bercerai dan mengalami keretakan rumah tangga. Lebih parah, ada kisah perceraian mereka ini menjadi bualan ramai.
Kami senaraikan 7 perceraian selebriti paling kontroversi sepanjang tahun 2017.
1. Adi Putra
Belum reda lagi kisah pelakon Ady Putra berkahwin lagi dan tidak sampai setahun usia perkahwinan bersama isteri kedua, pelakon kacak itu memuat naik status di Instagram mengesahkan dia sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Zolkifly pada 23 Mac lalu. Sehingga kini, masih tiada kenyataan dari Ady Putra berkenaan kisah rumah tangganya.
2. Fatin Afeefa & Adam Shah
Mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, pasangan pelakon ini mengaku sudah bercerai pada 30 Mei lalu. Memiliki 2 cahaya mata, pasangan ini mengaku ada pihak yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka.
3. Serina Redzuwan
Pelakon Serina Rezduawan akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britain Gavin Edward pada 1 Ogos lalu selepas dua tahun tinggal berasingan.
Terdahulu, Chef Wan membuat kenyataan terbuka mendedahkan sifat menantunya yang dikatakan lokek dalam memberi nafkah kepada Serina.
4. Erma Fatima & Bade Hj Azmi
Selepas 26 tahun usia perkahwinan, pengarah terkenal Erma Fatima dan Bade sah bercerai talak satu pada 17 Ogos lalu. Pada tahun 2015, Erma pernah menfailkan perceraian namun ditarik balik. Bade mempunyai seorang isteri lagi bernama Aida.
5. Ezlynn
Selepas pelbagai konflik, penyanyi Hi Hi Bye Bye, Ezlyn dan pasangannya Adam Fahmy disahkan bercerai talak satu pada 23 Oktober lalu. Punca permohonan cerai tersebut kerana tiada lagi persefahaman dan kasih sayang.
6. Hafiz Hamidun & Joy Revfa
Kes perceraian pasangan ini mendapat perhatian satu Malaysia. Pelbagai konflik antara pasangan ini apabila mereka tidak lagi tinggal sebumbung selepas 6 hari bernikah kerana Hafiz meragui status perkahwinan mereka. Akhirnya pasangan ini disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober lalu.
7. Mimi Fly
Sekian lama membiarkan status rumah tangganya menjadi teka-teki, anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengesahkan perkahwinannya dengan Mohd Firdaus Hajar sudah menemui noktah, baru-baru ini. Menurut Mimi, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman diantara satu sama lain.
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C9OtGp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment