Tawar urut, seks RM100, wanita Vietnam tidur lokap di Kuching
KUCHING: “Pakej urut dan seks, RM100” menjadi perkara terakhir dilakukan oleh seorang wanita Vietnam di sebuah pusat urutan di sini, sebelum dicekup oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan dilakukan di sebuah pusat urut di Jalan Datuk Wee Kheng Chiang dekat sini sekitar jam 4.30 petang.
“Serbuan diketuai Inspektor Mohammad yang kemudian menahan wanita berusia 23 tahun itu, sebaik disahkan dia membuat penawaran.
“Pasukan serbuan turut merampas sehelai tuala mandi berwarna biru yang dijumpai di atas tilam di dalam bilik urutan serta dua keping wang tunai RM100.
Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan atas maksud persundalan. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DUIDsM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment