Arab Saudi Umumkan Kenaikan Harga Minyak..
RIYADH: Arab Saudi telah mengumumkan kenaikan harga bahan api tempatan bermula Isnin.
Agensi berita SPA melaporkan inisiatif itu adalah bagi menjadikan penggunaan tenaga lebih efisyen serta selari dengan pelan reformasi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap minyak sebagai sumber utama pendapatan negara.
RON 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini, sementara RON 95 dijual pada 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.
Harga diesel dilaporkan tidak berubah.
Kerajaan negara itu juga akan memperlahankan rancangan untuk menghapuskan subsidi terhadap mempelbagaikan produk tenaga berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018 yang diumumkan pada bulan lalu.
Sebelum ini, Raja Salman secara rasminya telah mengumumkan sasaran menghapuskan defisit kerajaan dilanjutkan sehingga 2023, berbanding sasaran terdahulu pada tahun 2020, bagi mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Arab Saudi mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan mencapai masa depan lagi kaya dengan pembangunan berdaya tahan.
Sumber; Astro AWANI
Sumber; Astro AWANI
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qihHBk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment