Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Hadiah Terakhir Dari Isteri.’ Isteri Hembuskan Nafas Terakhir Selepas Melahirkan Satu-Satunya Anak Perempuan Yang Sekian Lama Ditunggu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Hadiah Terakhir Dari Isteri.’ Isteri Hembuskan Nafas Terakhir Selepas Melahirkan Satu-Satunya Anak Perempuan Yang Sekian Lama Ditunggu..



BATU PAHAT: Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi tadi, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 19 hari lalu.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.


Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

"Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.


"Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

"Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.


Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.

"Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, " katanya.

Sumber: Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfceev

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.