Atasi Ketiak Hitam Dengan Bahan Semulajadi.
Sapukan cuka epal pada bahagian ketiak sebelum mandi dan gosok secara perlahan bagi membantu untuk membuang sel kulit mati dan daki di bahagian ketiak.
KETIAK adalah antara bahagian tubuh yang sering berdepan dengan masalah pengumpulan daki sehingga menjadikan ia hitam.
Setentunya masalah ketiak hitam atau berkarat boleh menjadikan wanita lebih rendah diri terutama apabila berhadapan dengan suami.
Bagi mengatasi masalah ini, terdapat lima ramuan skrub yang bukan sahaja dapat membantu menghilangkan kesan hitam pada ketiak bahkan juga turut menjadikan kulit lembut, cerah dan sihat.
1. Minyak kelapa
Campurkan baking soda bersama minyak kelapa, gaulkan sehingga bahan ini sebati. Pastikan ramuan ini pekat, kemudian sapukan pada ketiak dan bahagian bermasalah seperti celah paha.
Gosok secara perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Biarkan selama lima hingga 10 minit, bilas sehingga bersih.
Lap bahagian ketiak dan celah paha, kemudian lakukan petua ini dua kali seminggu. Kulit di bahagian ketiak setentunya akan menjadi lembut dan cerah sekata.
2. Cuka epal
Selain baik untuk kesihatan, cuka epal juga amat bermanfaat untuk menjaga kecantikan. Caranya adalah cukup mudah, sebelum mandi sapukan cuka epal pada bahagian ketiak.
Kemudian basahkan tuala kecil, gosok bahagian ketiak secara perlahan-lahan. Proses ini dapat membantu untuk membuang sel kulit mati dan daki.
3. Campuran lemon dan madu
Kombinasi lemon dan madu adalah ramuan terbaik untuk merawat ketiak hitam dan berkerak. Masukkan madu ke dalam mangkuk kecil dan kemudian titiskan air perahan lemon.
Gunakan ramuan ini untuk membersihkan ketiak. Lakukan sekerap mungkin, anda pasti akan berasa gembira dengan hasilnya.
4. Pucuk jambu
Bagi menghilangkan bau badan dan menjadikan kulit di bahagian ketiak lembut dan cerah, gunakan pucuk jambu.
Tumbuk pucuk jambu batu sehingga lumat, jadikan ramuan ini sebagai skrub. Sental ketiak dengan perlahan-lahan, lakukan dua kali seminggu.
Pucuk jambu juga dikatakan dapat membantu untuk menanggalkan bulu ketiak secara semulajadi.
5. Kentang
Kentang bukan sahaja enak dimakan malah ia juga merupakan ramuan istimewa yang dapat membantu wanita untuk memiliki kulit yang halus dan cerah.
Bagi mengatasi masalah ketiak hitam, kupas kentang dan kisar sehingga ia lumat.
Kemudian lumurkan pada bahagian ketiak, biarkan selama 15 minit dan bilas bersama air bersih.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CyVJie
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment