Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Pilu Disebalik Gambar Viral Guard Cun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Pilu Disebalik Gambar Viral Guard Cun


Kisah Pilu Disebalik Gambar Viral Guard Cun|Viral di media sosial seorang pengawal keselamatan wanita yang punyai wajah yang cantik ini menarik perhatian dan pelbagai reaksi netizen selepas gambarnya dimuat naik ke media sosial oleh rakan sekerjanya.

Sri Mahyuni Munif, 19, anak sulung daripada dua beradik yang lebih mesra dengan panggilan Yuni, bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Kampung Datuk Keramat itu berkata, dia memilih pekerjaan itu kerana sukakan kanak-kanak.

“Saya tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan. Asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga,” katanya,

Namun siapa sangka, di sebalik senyuman gadis itu, pelbagai kisah sedih yang terpaksa dilaluinya di sepanjang zaman remajanya di mana Yuni terpaksa berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana mahu bekerja untuk membantu menyara keluarganya selepas bapanya, 54, mengalami masalah kesihatan.

“Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun yang lalu dan kesan dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya mengangkat barang berat.

“Saya meminta ayah berehat dan saya sanggup berhenti sekolah untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain membantu ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.


“Biarpun ayah berkeras meminta saya jangan berhenti sekolah, saya terpaksa melakukannya kerana tidak sanggup melihat ayah bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi untuk keluarga,” katanya.

Difahamkan, Yuni sebelum ini juga pernah bekerja sebagai juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan adiknya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Bagaimanapun katanya, bekerja sebagai pengawal keselamatan lebih mencabar dan banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi terutamanya tohmahan dilemparkan segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadai pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.

“Kadang-kadang ada segelintir ibu bapa melanggar peraturan dan tidak mahu mendengar arahan saya sebab menganggap kerja ini sebagai kerja golongan bawahan. Tetapi hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak dan bermain dengan mereka. Ramai murid di sekolah yang rapat dengan saya dan ada yang menangis kerana terpaksa berpisah selepas tamat darjah enam,” katanya.

Mengulas mengenai gambarnya viral di media sosial, Yuni pada awalnya terkejut apabila menyedari perkara itu tetapi terpaksa menerima dengan hati terbuka terhadap pelbagai kecaman netizen yang memberikan komen negatif.

“Saya tidak kisah apa yang orang nak kata kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku dan saya jadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk saya terus kuat menjadi seorang pekerja yang lebih bermotivasi. Ada yang cakap kononnya saya pinjam baju ibu atau kawan dan menunjuk-nunjuk kepada netizen, tetapi saya hanya mampu senyum.

“Saya ambil pandangan yang bersih-bersih sahaja, yang buruk-buruk saya tak nak fikir kerana bimbang memberi kesan kepada diri sendiri,” katanya yang masih belum berpunya.

Meskipun begitu, ada segelintir netizen yang memberikan pujian dan pandangan positif serta boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak muda yang lain kerana tidak memilih kerja walaupun memiliki paras rupa yang menarik.

The post Kisah Pilu Disebalik Gambar Viral Guard Cun appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lL3AyX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.