Gadis Ni Miliki Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je
Kalau zaman sekarang ibu bapa berlumba nak letak nama anak panjang-panjang, tapi berlainan pula dengan pasangan ibu bapa di Yogjakarta ni.
Pelajar berusia 16 tahun ni miliki nama paling pendek apabila ibu bapanya memberikannya nama 'N' sahaja. Hanya hurut N yang ada dalam dokumen kelahiran gadis berasal dari Bantul, Yogjakarta ni. Hanya dia diberikan nama seringkas itu sedangkan kakak dan abangnya masing-masing miliki nama Puji Lestari dan abangnya, Jarot.
“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.
“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.
Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu dia menamakan anaknya N kerana anaknya lahir pada bulan November.
“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.
Sumber: Era fm
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EntYHA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment