Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sah, tiada usaha pegawai MAHB bantu Wan Fadilah; laporan pegawai keselamatan yang tular buka pekung di dada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sah, tiada usaha pegawai MAHB bantu Wan Fadilah; laporan pegawai keselamatan yang tular buka pekung di dada

KUCHING: Isu kanak-kanak dari Kuching tersadai di KLIA2 pada malam tahun baharu memasuki episod baharu, apabila ada pihak, dipercayai “orang dalam” membocorkan laporan berhubung kes tersebut ke media sosial semalam.

Berdasarkan muat naik status yang tular di media sosial itu, laporan daripada Inspektor Mohd Faritzul kepada pihak atasan selepas insiden ini didedah portal ini, hanya memetik apa yang berlaku di cctv.

Laporan itu seperti berikut;

Butir-butir kejadian

Lokasi : Balai Berlepas Dalam Negeri, Aras 3 Sektor 2 klia2
Tarikh: 31.12.2017
Flight no : Ak5210 Kul – Kch
Gate : J 6
Std: 1340hrs
Atd: 1359hrs

Butir-butir pegawai dan anggota semasa kejadian

Nama:Mohd Faritzul
Pangkat: Insp
Nama: Fahimi Ikhwan
No badan: K73885

Kronologi kejadian

Kamera 415008 31.12.2017 jam 113704 am kelihatan pengadu berseorangan  berjalan  masuk ke terminal lapangan klia2 dari arah gateway  membawa sebuah troli berisi bagasi.

Kamera 415020 31.12.2017 jam 115427 am kelihatan pengadu berada dikaunter daftar masuk  S 6 untuk urusan daftar masuk.

Kamera 415020 31.12.2017 jam 120100 pm kelihatan pengadu berjumpa ahli keluarganya seramai 13 orang dihadapan kaunter daftar masuk S 1.

Kamera 415057 31.12.2017 120237 pm kelihatan pengadu berseorangan datang ke pintu perlepasan dalam negeri bertanya sambil menunjukkan sesuatu berbentuk dokumen kepada konst 73841 Khairul Izzat.

Kamera 415057 31.12.2017 120654 pm kelihatan pengadu berjumpa pegawai bertugas sektor insp Faritzul sambil menelefon seseorang.

Kamera 415052 31.12.2017 131533 pm kelihatan ahli keluarga pengadu mula masuk seramai 5 orang melalui pintu perlepasan dalam negeri.

Kamera 415057 31.12.2017 132245 pm kelihatan pengadu berjumpa sekali lagi insp Faritzul dan memberi telefon bimbit miliknya untuk bercakap dengan seseorang.

Kamera 415057 31.12.2017 132718 pm kelihatan pengadu masuk dan meninggalkan anaknya  bersama 2 ahli keluarga yang lain.

Kamera 415020 31.12.2017 133219pm kelihatan anak pengadu bersama 2 ahli keluarga beliau mula beredar dari pintu perlepasan dalam negeri.

Kamera 415018 31.12.2017 133345 pm kelihatan anak pengadu bersama 2 ahli keluarganya berjalan keluar dari terminal klia2 menuju kearah gateway.

Kamera 402092 31.12.2017 133112 pm kelihatan pengadu masuk ke gate j 6 untuk berlepas penerbangan Ak5210 Kul-Kch.

Kamera 402025 31.12.2017 201956pm kelihatan pengadu tiba dari penerbangan Ak5213 Kch-Kul di gate J 20.

Kamera 413095 31.12.2017 203018pm kelihatan pengadu keluar dari balai ketibaan dalam negeri.

Kamera 413106 31.12.2017 203143 pm kelihatan pengadu berjalan keluar dari aras 2 terminal klia2 menuju ke gateway.

Kamera 415008 31.12.2017 214102 pm kelihatan pengadu bersama anaknya berjalan masuk dari gateway menuju ke terminal klia2.

Kamera 415057 31.12.2017 214959pm kelihatan pengadu bersama anaknya masuk di pintu perlepasan dalam negeri sambil menunjukkan passport milik pengadu dan anaknya untuk diperiksa oleh anggota bertugas konst 73885 Fahimi.

Kamera 402070 31.12.2017 231341 pm kelihatan pengadu bersama anaknya masuk ke gate J3 bagi menaiki penerbangan Ak 5214 Kul – Kch.

Menurut mangsa, Wan Fadillah Wan Ahmad semalam, beliau terpaksa meminta kenalan ibu mertuanya, untuk menjaga mangsa, kerana khuatir sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada anak kedua daripada tujuh beradik itu.

“Malangnya, pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) langsung tidak membantu, mahupun mengambil inisiatif membantu saya.

“Jika tiada pasangan itu yang kebetulan datang berjumpa dengan ibu mertua saya, apa yang akan berlaku kepada anak saya?

“Bagaimana pula dengan anak-anak orang lain.

Menyentuh tentang laporan tersebut, Wan Fadillah berkata, tidak dirakam pula bagaimana pergerakannya pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari pegawai terbabit, termasuk ke kaunter tanpa dibantu.

“Dirujuk ke sana sini tanpa bantuan dalam tempoh kurang dua jam. Apakah ini satu tindakan mendahulukan rakyat.

Kata Fadillah, tujuan pendedahan ini bukan berniat untuk memburukkan MAHB, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk menambah baik sistem yang ada pada barisan hadapan pintu masuk negara itu.

“Kita memahami proedur keselamatan sesuatu yang tidak dapat dikompromi, tetapi harus ada cara untuk menangani insiden-insiden seperti ini secara matang.

Katanya, jelas ini bukan kes yang pertama seumpamanya, malah mungkin beribu-ribu sebelum ini namun didiamkan.

“Apakah tidak ada inisiatif untuk memperbaikinya? Kaunter khas, pusat rujukan sehenti ataupun penggunaan teknologi adalah bijak untuk menangani isu ini.

“Atau setidak-tidaknya dalam isu saya, rundingkan penyelesaian untuk meninggalkan anak di tempat yang selamat,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EInXFu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.