Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Fesyen Seluar ‘Zip Di Punggung’ Jadi Trend Terbaru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Fesyen Seluar ‘Zip Di Punggung’ Jadi Trend Terbaru

Adakah anda sanggup membeli rekaan seluar yang berzipkan di bahagian punggung?

Keluaran terbaru Vetements ini telah menarik perhatian ramai dengan netizen menyifatkan sebagai tidak masuk akal untuk memakai seluar jean yang boleh dibuka zip di bahagian belakang.

Dunia fesyen hari ini berada di luar jangkaan. Setiap masa ada sahaja perkara baharu, ada kalanya langsung tak kena dengan pemakaian normal diperkenalkan atas nama fesyen.

Terbaru, sebuah jenama fesyen terkenal di Perancis, Vetements tampil dengan fesyen seluar jeans yang bukan sahaja mahal mencapai harga AS$1,500 (RM6,600) tetapi rekaannya pelik dan tidak masuk akal.

Netizen berpendapat daripada membuka zip di punggung, lebih baik tidak pakai seluar langsung dan ada yang menyifatkan rekaan tersebut sebagai hodoh.

Tidak kurang juga ada yang menganggap rekaan terbaru itu sebagai tidak beretika dan memalukan walaupun ia dipakai oleh selebriti termasuk pelakon Sarah Snyde.

Pelik kerana seluar jeans keluaran terbaru ini mempunyai zip di bahagian punggung, sekali gus memberikan pengguna pilihan untuk mendedahkan aset jika mereka mahu.

Pilihan menunjuk bahagian punggung? Atau untuk memudahkan bagi melakukan aktiviti tidak bermoral?

Mungkin terlalu kreatif sehingga tidak fikir sensitiviti atau moral, rekaan Vetements bagaimanapun dikritik pengguna selepas mempromosi rekaan tersebut di laman sosial.

Menggelarkan ia sebagai rekaan paling bodoh dan hodoh, pengguna akui ia fesyen melampau walaupun digayakan oleh artis terkenal seperti Sarah Snyde.

Laman Instagram Vetements dipenuhi persoalan jika rekaan itu benar dan bukan lawak April Fool yang terlewat.

Dalam pada itu, perekanya, Demna Gvasalia pula menyifatkan jeans itu sebagai rekaan masa kini, berkata harga yang mahal dikenakan termasuk bagi logo syarikat yang bernilai RM1,000, petik Daily Mail.

Vetements, yang diketuai oleh pereka Demna Gvasalia terkenal kerana mengenakan harga yang mahal walaupun untuk pakaian yang ringkas.

Ia termasuk kemeja-t ringkas yang mempunyai logo syarikat, telah dijual pada harga RM1,000.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Rekaan Fesyen Seluar ‘Zip Di Punggung’ Jadi Trend Terbaru appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CI6WLd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.