Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anugerah Nasyid kembali lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anugerah Nasyid kembali lagi

SELEPAS dua tahun, Anugerah Nasyid 2017 (ANI17) kembali lagi bagi mengiktiraf genre nasyid, ketuhanan dan kemanusiaan.

Program anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) itu bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Januari depan.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Profesor Dr Azizan Baharuddin berkata, AN17 bertujuan mengiktiraf penggiat industri yang terdiri daripada pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan semua yang terbabit dalam penghasilan karya.

“Selepas lebih setahun penganjuran anugerah ini, kita teruja kerana dapat menganjurkannya semula.

“Kalau ikutkan, kita cadang nak buat acara tahunan. tapi memikirkan kosnya, ia hanya boleh dilaksanakan dua tahun sekali,” katanya.

Katanya, AN17 wujud menerusi undian pendengar pada setiap minggu daripada segmen Carta NasyidIKIMfm bermula Mac 2015 sehingga Mei lalu.

“Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada peringkat separuh akhir, namun hanya 10 lagu yang berjaya ke peringkat akhir.

“Lagu yang dipertandingkan pula tak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata, tapi diperluaskan juga kepada lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan,” katanya.

10 lagu yang layak ke peringkat akhir ialah Salam nyanyian Lah Ahmad, Penyelamat (Hafiz Hamidun), Syahadah (Fadzli Fareast), Jalan Syahadah (Daqmie), Kalah Dalam Menang (Mawi menampilan Syamsul Yusof), Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka), Ana Muslim (Simfoni), Syamail Muhammadiah (UNIC), Jom Selawat (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) dan Dalam Aku (Rabbani menampilkan Black).

Selain itu, sebanyak lapan kategori anugerah bakal dipertandingkan di pentas akhir iaitu Juara AN17, Naib Juara AN17, Tempat Ketiga AN17, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Sementara tiga anugerah lagi adalah Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan akan ditentukan menerusi pilihan pendengar dan penonton.

The post Anugerah Nasyid kembali lagi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AaHvPr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.