Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganjur Skim Cepat Kaya Di Hukum Penjara 13,275 Tahun! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganjur Skim Cepat Kaya Di Hukum Penjara 13,275 Tahun!



BANGKOK: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun penjara mengikut tempoh penjara yang sebenar.


Menurut satu laporan dalam media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso.


Thipyaso disabitkan dengan penipuan korporat.

Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun ini berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram, menjadikan jumlah hukuman penjara yang dijatuhi ke atas lelaki itu kepada 13,275 tahun.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan enam bulan.


Sementara itu, pengerusi Persatuan Skim Pelaburan Anti-piramid Samart Jenchaijitwanich berkata kira-kira 40,000 orang diperdaya untuk melabur dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).

Beliau meminta pihak berkuasa meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar penalti.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lK6419

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.