Peranti Dikatakan Xperia XA2 Ultra Tertiris Dengan Skrin 6-inci Dan Dwi-Kamera Hadapan
Sony sebelum ini sedia memperkenalkan telefon pintar dibawah nama Xperia XA1 Ultra. Kini, kemaskini untuknya dijangka hadir tidak lama lagi, dan telah pun melepasi pengesahan pihak SIRIM sebelum ini.
Lanjutan daripadanya, hari ini sebuah gambar tertiris, mengatakan ia adalah telefon pintar Xperia XA2 Ultra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Telefon pintar ini dijangka hadir dengan skrin 6-inci dan dilengkapi cip Snapdragon 630. Menariknya adalah dimana telefon pintar ini turut memperlihatkan penggunaan dwi-kamera pada bahagian hadapan – dan mungkin memfokuskan kepada ciri selfie melaluinya.
Xperia XA2 Ultra turut dijangka akan dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari dibelakang, dan menjalankan Android 8.0 Oreo.
Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam minggu-minggu akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lxdswU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment