Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Jawapan Mahfuz Selepas Diminta Letak Jawatan... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Jawapan Mahfuz Selepas Diminta Letak Jawatan...


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau mengambil maklum sebarang 'serangan' ke atasnya selepas beliau keluar daripada Pas.

Ini termasuklah kenyataan daripada pemimpin Pas yang meminta agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya, beliau hanya tersenyum tatkala mengetahui mengenai perkhabaran tersebut.

"Saya tunggu lagi apa orang nak kata, biar diorang keluar habis.

"Saya senyum sahaja baca surat khabar hari-hari," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, mengulangi kenyataan beliau semalam, Mahfuz berkata beliau akan mengulas semua isu berkaitan pengundurannya daripada Pas dalam masa lima hari daripada sekarang.

"Seminggu selepas ini saya akan isytiharkan semua perkara," katanya lagi.

Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyarankan agar Mahfuz melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas kelmarin kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.

Takiyuddin berkata, ini memandangkan bekas Naib Presiden Pas itu masih terikat dengan baiah atau lafaz sumpah sebagai calon Pas.

Malah menurutnya, jika Mahfuz melanggar baiah itu, beliau juga berdepan laknat ALLAH SWT dan seluruh umat Islam. -Sinar Online

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lObYhk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.