Rahsiakan Tunangan, Tasha Bakal Nikah Tahun Ini
SELEPAS mengambil keputusan untuk berhenti bernyanyi, Tasha Manshahar lebih menjurus dalam bidang pendidikan dengan memilih untuk menjadi guru di sebuah sekolah dekat Melaka.
Baru-baru ini, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 25, telah melangsungkan majlis pertunangan dengan pilihan hati yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum pada 24 Disember lalu di Kajang.
“Kami berkenalan kira-kira setahun lalu. Insya-Allah, kami akan berkahwin pada 2018.
“Tarikhnya sudah ditetapkan. Kiranya sekarang kami sudah mula membuat persiapan kahwin,” katanya dipetik daripada BH Online.
Difahamkan Tasha telah memilih jejaka yang berasal dari Melaka sebagai pilihan hatinya.
Walaupun tidak diberitahu siapakah gerangan si pemilik hatinya itu, ramai netizen telah mengagak bahawa jejaka tersebut ialah penyanyi dan pengacara, Fahrur Raqib Abdul Majid, 25.
Mana tidaknya, di ruangan komen instagram mereka, ramai netizen telah melahirkan rasa kesyukuran atas pertunangan yang berlangsung itu.
Ia dikuatkan lagi dengan terhasilkan perniagaan jenama pakaian diusahakan oleh mereka, iaitu Raqsha yang bermaksud ‘melihat orang yang baik’.
Kebetulan pula, Raqib berasal dari Melaka, namun perkara itu masih belum lagi disahkan oleh kedua-dua pihak.
Walaupun sudah bergelar penyanyi selama hampir lima tahun, Tasha telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang nyanyian sejak tahun lalu.
Bagi gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu, dia ingin memberi lebih fokus dalam kerjayanya sebagai seorang guru bahasa Inggeris dan penceramah motivasi.
“Cukuplah lima tahun jadi penyanyi. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Selain mengajar, saya juga ada menceburi perniagaan menjual tudung,” katamya lagi.
Tasha sebelum ini popular menerusi lagu Ragu-Ragu, Bukan Aku, Terima Kasih Cinta dan duetnya bersama dengan Syed Syamim, Be Mine.
Semoga segala persiapan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan.
Tak salah pun kalau Tasha merahsiakan pertunanganna kerana ianya sangat dialu-alukan dalam agama kita. –MYNBEWSHUB.CC / AH
;
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CfmZ1W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment