Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pikachu, Upin & Ipin Ceriakan Murid Tahun 1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pikachu, Upin & Ipin Ceriakan Murid Tahun 1

PUTRAJAYA – Kemunculan tiga watak animasi Pikachu, Upin dan Ipin hari ini memeriahkan lagi sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) di sini.

Kehadiran tiga watak animasi kegemaran kanak-kanak yang terkenal dalam siri kartun Pokemon dan Upin Ipin itu, membuatkan mereka gembira dan hilang rasa gelisah pada hari pertama persekolahan bagi murid Tahun Satu.

Guru Besar SK Putrajaya Presint 11 (1), Rohana Abd. Manaf berkata, inisiatif itu dilakukan bagi menghilangkan perasaan gementar dan takut selain menceriakan suasana dan menarik minat murid sempena hari pertama persekolahan terutama murid Tahun Satu.

“Saya dapati murid-murid sangat gembira dan wajah-wajah mereka sangat ceria sebaik sahaja melihat maskot tersebut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pada sesi itu, , kemunculan adik-beradik kembar murid Tahun Satu di sekolah juga menarik perhatian hari pertama persekolahan itu.

Pasangan kembar itu, Darwisya Adriana dan Darwisya Sophia Mohd Helmie merupakan antara 266 murid Tahun Satu SK Putrajaya Presint 11 (1).

Menurut ibu mereka, Norlizawaty Baharin, 33, berkata, kedua-duanya diletakkan dalam kelas yang sama agar mereka tidak berasa keseorangan kerana telah bersama sejak kecil.

“Persiapan untuk persekolahan dibuat sejak awal lagi memandangkan setiap kelengkapan perlu dibeli untuk kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, Rohana mengiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Roaini Jaafar mengadakan lawatan di SK Putrajaya Presint 11 (1) sempena hari pertama sesi persekolahan 2018.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Roaini berkata 25,360 murid hari ini memulakan sesi persekolahan dan daripada jumlah itu 17,261 murid sekolah rendah di 14 sekolah rendah manakala 8,099 pelajar di 11 sekolah menengah di seluruh Putrajaya. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CIxyM0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.