Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadang Pasukan Bomba Sukarela Diberi Elaun Khas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadang Pasukan Bomba Sukarela Diberi Elaun Khas

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan kerajaan memberi elaun khas kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata elaun berkenaan sejajar dengan sumbangan yang diberikan PBS dalam memberi bantuan awal sebelum pasukan bomba tiba.

“Dengan elaun ini, ia secara tidak langsung dapat menyuntik semangat anggota PBS dalam menjalankan tugas dengan lebih baik.

“Mereka ini merupakan barisan hadapan yang memastikan sesuatu keadaan seperti kebakaran berada dalam keadaan terkawal sebelum pasukan bomba tiba,” katanya pada Majlis Apresiasi Pasukan Bomba Sukarela di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPM KL) meraikan sembilan pasukan PBS yang diwujudkan di sekitar ibu negara. Turut hadir Pengarah JBPM KL Khirudin Drahman.

Lee berkata elaun yang dicadangkan kepada anggota PBS ialah RM 6.50 sejam sama seperti yang diterima anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas.

“Pemberian elaun seperti ini diharap dapat menarik minat masyarakat khususnya golongan belia dalam menjaga keselamatan kawasan komuniti mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvgGaM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.