Hi! Welcome Back and Stay Tune! SVS Pecah, Tempoh Pemulihan LRA SSP3 Dilanjut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SVS Pecah, Tempoh Pemulihan LRA SSP3 Dilanjut

KUALA LUMPUR – Tempoh pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dilanjutkan setelah Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di loji berkenaan pecah hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pembaikan telah selesai dilaksanakan pada pukul 5 petang tadi, iaitu lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Katanya, insiden yang tidak dijangka itu berlaku semasa persediaan pengaktifan semula operasi loji, yang mengakibatkan kecederaan serius kepada beberapa kakitangan yang sedang bertugas, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebetulan semasa kejadian, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pegawai-pegawai pengurusan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) berada di tapak.

“Pihak Splash telah memaklumkan kepada pihak SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) (berkenaan insiden itu),” katanya.

Abdul Raof berkata berikutan insiden itu, masa pemulihan bekalan air tersasar daripada jadual asal bagi menilai dan membaiki kerosakan yang berlaku… Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama tempoh pemulihan itu dilanjutkan.

Abdul Raof berkata pihaknya akan memaklumkan status pemulihan baharu dan akan bekerjasama dengan Splash bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

Jelas beliau, bantuan bekalan melalui lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan Pusat Khidmat Setempat akan beroperasi 24 jam sehingga bekalan air dipulihkan.

“Kerjasama dan keprihatinan pengguna berhubung insiden yang tidak dijangkakan ini serta lanjutan masa pemulihan amatlah dihargai.

“Pihak kami mengambil segala tindakan perlu bagi mengurangkan impak gangguan dan kesulitan kepada pelanggan yang terjejas,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tuua6y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.