Lelaki Kongsi Pengalaman Sambut Isteri Bersalin Bayi Tertelan Najis
Setiap pasangan bercinta semestinya mempunyai pengalaman pahit & manis semasa hamil, melahirkan dan ketika berpantang. Dalam ramai pasangan yang menyambut kegembiraan kelahiran baru, ada juga yang terpaksa menempuhi ujian dan dugaan.
Ini terjadi pada seorang lelaki yang telah berkongsi pengalamannyadi media sosial bersama isteri yang terpaksa menahan sakit contraction selama berjam-jam dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Yang menarik perhatian ramai netizen, ketika bayi keluar bayi didapati tertelan najis dan paru-parunya juga sudah kecut sebelah!
Happy couple aniversary for 8 years my dear.
Terima kasih pada yang kecam pasal video saya beli emas dekat isteri saya tu. Ni sedikit keterangan saya
Couple dari form 1 sampai kahwin. Gambar beby last.
Dalam sedar tak sedar harini 4.3.2018 genap kita bersama selama 8 tahun kan awak. Dari awak form1 sampai sekarang kita masih bersama.
Ingat tak dulu masa sekolah, nk jumpa pun susah kan? Buat date hanya pada waktu sekolah lepas sekolah masing2 tak boleh keluar rumah. Nk buat date petang pun bg alasan kat mak ayah sebab kena pergi latihan kawad kaki.
Tak lama kita bersama, selepas 4 bulan awak di tarik masuk ke asrama dekat selangor. Kena sekolah dekat SKBBST. Maklum la terpilih murid paling cerdik masa UPSR dapat 5A. Masa tu perit saya rasa terpaksa berpisah dengan awak.
Selpas 1 tahun terpisah Sedar tak sedar awak buat satu pilihan yg amat mnyayat hati buat saya, awak kembali tukar skolah bersama dengan saya balik. SMKSO DUNGUN. Dan selepas pada tu kita masih lagi bersama.
Bertahun kita lalui detik2 bersama, bermacam macam masalah dan rintangan kita hadapi bersama2.
Genap slepas 6 tahun couple. Jodoh kita masih kuat, 20.6.2016 tarikh kita nikah. Masa tu baru kita boleh jalan jauh sikit kan sayang sbb kita dah halal. Boleh pergi luar dari dungun dah masa tu, boleh tido kat lain dah masa tu.
Cukup tarikh 1.2.2017 selepas 8 bulan kita nikah doktor cakap awak dah mngandung. Bertapa gembiranya kita masa tu. Scan tengok beby masih seketul darah. Setiap minggu pergi scan kan sbb tak sabar sabar nk tengok beby.
Genap 10 aribulan 9 2017 kita sama2 cek beby dan doktor cakap awak terpaksa beranak paksa sebab pergerakan beby slow sangat masa tu. Tak cukup 10 kali dalam masa sehari. Tapi masa tu awak berkeras cakap kat doktor yang beby mmg xde ape ape masalah. Awak mintak balik dan nak tunggu tarikh due date beby. Biar keluar secara normal.
Genap tarikh beby spatutnye keluar, masa tu awak masih tidak rasa perut mngeras atau tanda tanda beby nak keluar lagi. Selepas seminggu tarikh doktor bagi untuk menunggu beby masih tidak keluar dan kita terpaksa serah diri ke hospital HSNZ KUALA TERENGGANU.
Hari pertama dihospital doktor telah masukkan ubat induce pertama, selepas tu bukaan masih 1cm dan saya buat keptusan kepada doktor mintak untu czer sahaja sebab. Lepas tu doktor tidak bg czer dan masukkan ubat kedua dengan ketiga. Sakit contraction awak dah tinggi tapi bukaan tetap masih 1cm. Saya tetap dengan keputusan pergi dekat doktor cakap nak czer sebab bukaan lansung tak bergerak, masa tu awak dah sakit sangat. Doktor masukkan ubat ke 4 dan slepas 3 jam pada tu bukaan masih lagi 1cm.
Contraction awak kuat sangat sampai awak terbaring atas lantai menahan kesakitan. Pukul 12 malam doktor bg keputusan untuk awk berpuasa sebab terpaksa di czer pada pukul 9 pagi. Tepat pukul 9 pagi masih menahan kesakitan yang teramat sangat doktor datang dan cakap tahan puasa sampai pukul 2 petang. Masa tu awak dah pucat tak boleh bercakap, walaupun hospital kerajaan tak boleh menunggu lama masa tu saya tetap tunggu walaupun dihalau berkali2 oleh guard, sy suami dan diamengandungkan anak saya, takkan saya sanggup tinggalkan dia menahan kesakitan seorang diri sambil menunggu di kedai kopi? Tak, saya tetap tggu saya tak kesah kalau ape pun terjadi.
Dah pukul 2 masih xde makluman dari bilik bedah, sampai pukul 5 petang masih menunggu. Doktor cek bukaan masih lagi 1cm dan bilik bedah masih belum panggil. Cukup pukul 7 malam saya dah tak tahan tengkk situasi awak macam nyawa dah separuh bdan lansung tak boleh bercakap saya mula mngamuk dekat kaunter dalam wad, kenapa boleh jadi macam ni, suruh puasa pukul 12 malam janji nk bedah pukul 9 pagi tapi ni dah pukul 8 malam masih tak boleh masuk bilik bedah. Akhirnya ada doktor turun cakap banyak kes emegency dia kene buat dulu dan yg isteri saya induce 4 ubat bukaan 1cm puasa sehari dan tahan contraction dekat 30 jam tu masih tak boleh buat lagi. Bertapa hancurnya lagi hati saya melihat isteri terlantar diatas lantai menahan kesakitan merayu meminta ubat tahan sakit.
Doktor cakap kalau nk bedah kena sambung puasa sehari lagi sbb doktor pakar semua dah nk balik sbb doktor pakar keje sampai petang shaja. Masa tu saya rasa macam nak gila. Skrg isteri dah nyawa ikan, macam mana nak tunggu esok? Macam menunggu mati. Capai phone terus call hospital SALAM SPECIALIST operator cakap cost pembedahan mungkin dalam 14 ribu. Masa tu duit tidak penting lagi berbanding nyawa anak dan isteri.
Call pukul 8 submit pukul keluar pukul 9. Masa tu satu lagi perkara yang tak boleh saya lupa, nk keluar dari hospital pun ambik masa setengah jam sebab saya terpaksa papah isteri saya, beberapa kali rebah terlantar sebab perut terlalu keras. Jalan 300 meter macam 3kilometer rasa masa tu.
Pukul 10 sampai dekat SALAM. Semua doktor dan petugas laju sambut kedatangan saya. Tak smpai 15 minit submit terus masuk bilik bedah. Masa tu awak dah tak sedarkan diri sebab terlalu sakit. Pukul 11 malam awak selamat lahirkan anak kita MUHAMMAD AISY FIRASH seberat 3.6kg
Tidak cukup dengan ujian tu. Aisy keluar dalam keadaan tidak menangis lansung.
Doktor pakar kanak2 cakap aisy dah tertelan najis dan paru paru sudah kecut sebelah. Dan bernafas dalam kotak oxigen. Masa tu saya rasa macam dah xde ape2. Seorang diri handle semua benda. Doktor cakap kalau ter lambat mungkin aisy tak dapat diselamatkan. Cuba fikir balik macam mana kalau tunggu je dekat hsnz untuk beranak esok?.
Keluarga semua tidak sampai lagi. Kalau org lain boleh azankan anak sambil pegang.
Tapi saya terpaksa azankan aisy dalam kotak oxigen hanya buka pintu dekat telinga dia sahaja.
Doktor bergegas bawak aisy ke hospital HSNZ balik untuk buat rawatan. pagi pukul 8 masa tu saya tengah jaga awak berpantang hari pertama di hospital salam. Doktor dari hsnz call suruh datang cepat sbb anak kritikal sangat kena tandatangan surat jika berlaku apa2. Masa tu saya dah lesu, tidak dapat berfikir apa apa lagi. Terus pergi ke hosp dan tandatangan. Tengok aisy ditebuk.
Alhamdulillah selepas 12 hari aisy berada di hospital bawah jagaan HSNZ. Aisy kembali pulih dan boleh keluar.
Dan sekrang hari ni 4.3.2018 aisy genap 5 bulan. Setelah menjalani dugaan yg besar, aisy kini tidak pernah sakit dan membesar dalam keadaan yang sangat2 happy. Nanti saya akan update banyak lagi video aisy.
Terpulang pada awak semua nak share atau tak ni hanya pengalaman kisah cinta dan dugaan dalam hidup untuk menyambut kelahiran beby.
Terima kasih atas pertemuan dan dugaan yang telah engkau berikan kepadaku ya allah. Tu semua buat aku jadi semakin kuat dan kasih sayang yg semakin teguh.
Sumber: Facebook/Ashraf Hairstyle Production
The post Lelaki Kongsi Pengalaman Sambut Isteri Bersalin Bayi Tertelan Najis appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HgSPxD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment